Ahad, 11 November 2012

Cerita Dora..Dora Explorer Girl

Adib suka tengok kartun Dora yang telah meningkat remaja ni.Dah tonton ceritapun,ambil gambar lagi.Dia memang menghayati cerita,Dora menyanyi,dia turut menyanyi tetapi dengan caranyalah.Cerita Dora remaja ni agak  berlainan dengan cerita masa kanak-kanak yang banyak  unsur tidak logik. Tetapi itulah dunia realiti kanak-kanak riang.Gambar berbalam-balam kerana diambil terus dari tv..

Dora masa kanak-kanak
Dora masa kini,dah remaja.Cantik...









Rumah Biru

Sambungan rumah yang berwarna biru tempoh hari.Gambar-gambar ni dimbil daripada internet.Bertuah pemilik  rumah ni,majalah Mingguan Wanita,Anjung Seri dan surat khabar Kosmo dah terpapar cerita tentang dekorasinya.Jika pandai mendeko,warna birupun cantik juga.Tak menggunakan khidmat juruhias dalamanpun,rumah tetap cantik.




Sabtu, 10 November 2012

Cuti Hujung Tahun

Selamat bercuti.Mood bercuti belum dapat dirasai lagi sebab ada kerja yang belum siap lagi.Minggu depan kena ke sekolah lagi.Di samping itu,sepanjang cuti ni mesti siapkan modul BM untuk tingkatan 3 dan 5.Biarpun hanya dua bab bagi setiap tingkatan,tapi perlu luangkan masa juga menyiapkannya.Orang yang tak menjadi guru mesti fikir cuti sekolah ni guru-guru yang ada di Malaysia ni goyang kaki saja...Sangat salah pendapat tu.

Dalam pada itu,nak mengubah wajah ruang tamu biru ni.
                                        apa akan jadi nanti,tunggu dan lihat saja
boleh tahan juga deko sebegini...