Sabtu, 23 Mac 2013

Selamat Bercuti

Alhamdulillah...Seronoknya hari ini kerana sudah empat minggu berturut-turut saya bekerja pada hari Sabtu dan pada hari ini cuti sekolah sudah bermula.Makin seronok apabila markah ujian 1 sudah dimasukkan dalam sistem SAPS.Ulasan untuk kelas 3E juga sudah dibuat,makanya cuti seminggu ni bolehlah tumpukan pada hobi yang dah lama ditinggalkan.Mencabar juga tahun 2013 ni. Semua kelas yang diajar merupakan kelas yang akan menduduki peperiksaan penting,iaitu PMR dan SPM.

Ahad, 10 Mac 2013

LADAP KOKO

Semalam merupakan kali ketiga saya berkerja pada hari Sabtu.Minggu depan akan berkerja lagi kerana persekolahan ganti.Semalam merupakan LADAP Kokurikulum.Satu-satunya LADAP yang tiada sesi ceramah tetapi hanya bermain sahaja.Aktiviti dimulakan dengan senamrobik hampir sejam di Dewan Mustika.Kemudian barulah bergerak mengikut kumpulan.Pertama kali saya memegang kayu hoki.Disebabkan badan bukannya sihatpun,maka dua permainan telah saya loloskan diri iaitu bola jaring dan badminton.Aksi-aksi menarik sepanjang LADAP.



Khamis, 7 Mac 2013

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia


Sekadar perkongsian dari sumber fb untuk sentiasa cantik dan bahagia.
1. Selepas solat Isya', ambil air segelas,baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali,
dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35)Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Semoga ada manfaatnya.