Ahad, 7 April 2013

Cadar Quilt OLI:Ada Berani?

Ini sebenarnya cadar tetapi disebabkan teruja nampak cantik,maka saya membuat alas di tempat menonton.Melihat warnanya sangat putih dan bersih,maka saya mula berfikir,tak bimbangkah cepat kotor?
Memang tak berani nak letak cadar tu untuk buat alas lama-lama di tempat menonton kerana:
1.bimbang akan cepat kotor
2.bahaya untuk anak-anak yang suka berlari dalam rumah

Cadar OLI (RM 140-jika jadi ahli dan RM 200 untuk bukan ahli).gara-gara melihat cadar sebegini dalam majalah,saya juga tertarik untuk membeli.Nasib baiklah warna biru dan hijau.

tak rugi beli cadar quilt ni kerana ia tak bergerak/kedut walaupun tidur lasak di atas katil...tak perlu nak betulkan katil selalu.bunyi macam malas nak kemas katil saja ni...

Selasa, 2 April 2013

Ruang Keluarga/Galeri

Seronok melihat rumah yang mempunyai satu ruang untuk meletakkan gambar keluarga sahaja seperti ini.Dah dibuat tetapi belum berpuas hati kerana banyak bingkai gambar yang dibeli masih disimpan kerana tidak ada idea untuk memeriahkan ruang menonton di tingkat atas.

Sejak hari Jumaat lalu,tiba-tiba idea datang pula nak menambah baik ruang ini.Apabila rak novel dialihkan jadi begini,banyak pula ruang yang ada untuk menggantungkan bingkai gambar.Cuma,cara nak menyusun bingkai gambar pula yang menjadi masalah.Bingkai gambar sudah dibeli,itu pun memakan masa juga kerana saya agak tertarik dengan kebanyakan bingkai yang ada.Nampaknya bingkai gambar yang ada masih tidak mencukupi.Kena merancang susun atur dahulu,baru boleh mengagak bilangan bingkai yang perlu dibeli lagi bagi penambahan ruang ini.Jika dicat ruang ni,makin menyerlah rasa-rasanya tapi saya tiada masa untuk aktiviti itu.

Isnin, 1 April 2013

Cerita Di Sebalik April Fool


Berdasarkan semakan menerusi internet, rupanya ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya. Dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol dulu setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada Sepanyol.

Ketika kerajaan Islam runtuh diserang tentera Kristian, penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol. Justeru, mereka membuat helah. Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan. Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day