Ahad, 6 Oktober 2013

Jualan Gudang Karangkraf

Dalam berkira-kira sama ada nak pergi atau tidak,akhirnya pergi juga sendirian.Suami dah beri lampu hijau awal-awal lagi.Makanya,pagi-pagi lagi saya dah masak dan cuci baju kerana saya mahu bertolak agak awal supaya tidak menempuh kesesakan.Sampai di sana jam 9 lebih sudah ramai yang berkerumun di gerai yang disediakan.Parkir banyak disediakan dalam pekarangan Karangkraf tapi saya dah terparkik di luar kerana sangkakan pameran ni di dalam bangunan,tapi rupa-rupanya di luar dan di hujung sekali.Agak jauh juga menapak balik dengan membawa plastik 3 yang yang agak berat.

Tak tahu novel apa lagi yang nak dibeli,hanya koleksi Aisya Sofea saja yang berjaya dicari.Dengan keadaan sesak,susah juga nak mencari novel.Kalau bawa anak kecil,lagilah susah

Banyak doa dalam buku ni..

RM 75 harga biasa tapi kali ini ada 20% diskaun.Jika ada kad My Karangkraf,dapat tambah 5% lagi.
Jadi,harganya RM 56.30


Kandungan di dalam...
Sebenarnya,harga jualan gudang tak berbeza harganya apabila kita membeli di Karangkraf Mall.Bagi yang suka membeli buku,tak perlu tunggu jualan gudang,pergi saja di Karangkraf Mall,kita akan dapat 20% diskaun.Jika ada kad My Karangkraf,tambah lagi 5% diskaun.Jam 10 lebih dah habis membeli,nak balik,awal lagi makanya saya melenconglah cuci mata di Seksyen 23.Membeli-belah pula di sana.Sekali sekala jalan-jalan hujung minggu.Baju untuk Hi Tea hujung tahun yang bertemakan Garden Party dah dibeli.Skrit kembang bunga-bunga memang warna-warni

Khamis, 3 Oktober 2013

PBSMR Ganti PMR Tahun 2014 - 1Malaysia | MARIBINABLOG

PBSMR Ganti PMR Tahun 2014 - 1Malaysia | MARIBINABLOG

1992 dulu,generasi sayalah calon yang terakhir yang menduduki SRP terakhir.2013,PMR terakhir dan tahun depan saya tetap menanda PBSMR.

Selasa, 1 Oktober 2013

Ruang Makan Terkini

Hari Jumaat terbeli dua bingkai gambar batik yang bercorak ikan ni kerana niat nak hias ala tradisional di ruang makan.Pagi-pagi Sabtu,sebelum ke sekolah kerana ada Mesyuatar Guru,sempatlah saya kemas rumah,basuh baju dan hias sikit ruang makan ni.Paku dah ada,cuma gantikan barang-barang hiasan saja.Bangun saja si Akmal,antik...antik,katanya.Cantik maksudnya.Perasan pula ruang makan dah berubah dan pandai pula dia ambil hati umminya.
RM 60 sekeping..tapi disebabkan duit tak cukup RM 120,minta harga RM 100...alhamdulillah dapat





@@@Berkenan dengan saji mengkuang apabila tengok cantik saja tudung saji tu dihias di rumah Sapok Biki(tengok dalam rancangan tv.)Dapatlah pujuk suami pergi ke Pusat Kraf tahun lepas, tapi disebabkan dinding di rumah sudah penuh dengan pelbagai hiasan,agak lama juga tudung saji tu disimpan.