Selamat berhujung mingggu.Alhamdulillah,selepas tiga hari bertungkus lumus di Bilik SPBT untuk pemulangan buku teks tingkatan 4,hari Jumaat dapat bercuti panjang hingga Selasa.Hari Jumaat nanti,sambung lagi kerja-kerja di SPBT untuk buku teks tahun hadapan pula.
Hari cuti ni santai-santai di rumah sambil belajar untuk buat e-novel pula.Novel dah ada,cuma disimpan saja.Biarpun temanya kahwin paksa seperti yang ada di pasaran sekarang,namun saya cuba untuk memberi kelaian dengan menyentuh soal agama dalam hal ini.Novel ni dah ditulis semasa Ammar masih kecil iaitu pada tahun 2005 lagi tapi disebabkan menulis secara suka-suka,tak tahu nak sambung cerita,makanya plot cerita itu dilompat.Banyak bab yang masih lompong.Sejujurnya,sangat susah untuk menjadi novelis.
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Sabtu, 2 November 2013
Gara-gara Pautan E-Novel
Belajar berblog secara alam maya ni sememangnya sukar.Sudahlah tidak faham nama benda yang nak dibuat dan sukar nak memahami cara kerjanya pula, ditambah pula sifat manusia memang cepat lupa akan menyebabkan kita tak akan ke mana-mana jika mudah putus asa.
Semalaman saya belajar untuk membuat pautan bagi e-novel.Tutorial dalam blog dah jumpa tapi tak menjadi juga.Dah bertanya dengan empunya blog tapi kesudahannya saya sendiri dah tak ingat blog siapa yang disinggah kerana saya bertanya di setiap blog yang disinggah.Macam mana nak tahu responsnya jika dah begitu.Alamat blog tak diambil.
Hahaha...gelak sendirilah jawabnya.Saya tak puas hati lagi,cuba lagi selepas balik dari sekolah tapi tak berjaya juga.
Kesibukan di Bilik SPBT menyebabkan badan kepenatan bila balik dari sekolah.Tiga hari tak dapat belajar walaupun dah faham cara nak buat,cuma tak tahu mana yang silap hingga tak menjadi-jadi lagi.
Sabar punya hati,alhamdulillah hari ni dah berjaya.Rupa-rupanya caranya sama saja dengan pautan yang telah dibuat,cuma sudah lupa disebabkan sudah lama membuatnya.
Terima kasih kepada blog yang disinggah ni...
| catatan dalam blog ni membuka minda bahawasanya mesti ada 'catatan lain' untuk disimpan dan dibawa kemudian dengan pautan yang dibuat...dikongsikan di FB supaya mudah untuk proses belajar lagi... |
| blog ni membolehkan saya memahami cara membuatnya... |
| dengan blog yang sama juga,saya baru terperasan yang sebenarnya saya tidak tekan simpan pautan.itulah yang menyebabkan pautan tidak menjadi.. |
Hilangkan Stress
Gaya hidup sekarang ni banyak mengundang tekanan.Dalam keretapun boleh stress.Apa cara kita untuk mengelakkan tekanan?Setiap orang,berbeza caranya.
Sebenarnya,mereka yang bekerja sebagai cikgu merupakan golongan yang paling tinggi tertekan. Cikgu di Gombak lebih ramai yang stress berbanding dengan cikgu di daerah-daerah lain di Selangor.Teringat kata-kata pengetua sekolah,"cikgu buatlah sesuatu untuk diri cikgu supaya cikgu datang ke sekolah dengan fikiran yang lapang.Jangan bawa stress dari rumah ke sekolah.Jangan jadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa."
Bagi saya,saya lebih suka permudahkan kerja rumah supaya kita tak terfikir sangat soal rumah.Kalau suami berkira nak keluarkan bajet,redalah diri untuk membelanjakan wang sendiri.
Satu lagi,saya suka berblog.Menulis di blog sendiri atau melawat blog-blog yang ada.Walaupun masih tak mahir dan hanya tahu yang asas-asas saja,syukurlah.Dah ramai yang membacanya walaupun duit tak pun masuk dengan blog ni.

Langgan:
Catatan (Atom)