Ahad, 11 Mei 2014

Dapur Ruang Paling Istimewa

Ruang dapur merupakan ruang paling istimewa bagi saya kerana:
1.ruang ini paling maksimum penggunaannya dan sering dilalui untuk ke tandas,dapur basah,cuci baju,cuci pinggan,ambil & simpan penyapu,buang sampah dan banyak lagi tapi tak pula rasa bosan dengan suasana dapur yang ringkas ni
2.ruang yang paling kerap dibersihkan dan mengambil masa yang agak lama
3.ruang yang tidak perlu diubah-ubah perabotnya kecuali pinggan mangkuk dan aksesorinya saja yang kerap diubah.

reka bentuk kabinet dibuat mengikut keperluan walaupun ruangnya sangat terhad(16'x6').ruang penstoran tidak mencukupi,maka ruang di dinding digunakan sepenuhnya.barulah ada ruang untuk simpan gula,teh dan air masak yang praktikal
pening juga untuk memenuhi kehendak hati dengan ruang terhad ni.yang penting,ruang pameran bercermin untuk koleksi pinggan mangkuk,rak terbuka,rak untuk gantung cawan-cawan,meja untuk buat tempat makan-makan dan kerja lain, dan ruang penstoran yang banyak(simpanan barang-barang dapur dan pinggan mangkuk) mesti ada.

inilah wajah-wajah dapur.kabinetnya tetap begitu,yang berubah hanyalah aksesorinya saja..
alang-alang dah jadi juru hiasan dalaman yang tak tauliah,rencana pendek ni saya hantar ke Anjung Seri untuk menghargai peranan dapur bagi suri rumah yang berkerja..sekarang ni gunakan dapur hadiah tu saja...terima kasih Anjung Seri

Catatan ini untuk Cabaran Ruang Istimewa
dari blog Susun Atur Sioca
Penajanya

Nota kaki:gambar-gambar yang ditunjukkan merupakan gambar-gambar yang dah basi dalam blog ini...

Sebab Ruang Menjadi Istimewa



Membaca cabaran Ruang Istimewa dalam Susun Atur,saya terfikir-fikir dua perkara:mengapa istimewa dan yang mana satukah istimewanya ruang di rumah saya ni.Makanya,seakan dua pula catatan cabaran ini tapi kali ini saya nak bercerita sebab saya menganggap ruang di rumah saya ni istimewa.
Sejujurnya semua ruang yang ada di rumah sangat istimewa bagi saya kerana hampir kesemua ruang yang lahir sebegitu hasil perahan minda saya yang bukan pakar tentang hiasan rumah tapi sangat berminat untuk mendeko rumah.
Disebabkan semasa menyewa,saya terpaksa reda dengan keadaan rumah yang didiami,maka setelah memiliki rumah sendiri saya perlu segera melunaskan segala yang dihajati sedikit demi sedikit biarpun suami kurang menonjolkan sangat keterjuaannya mendiami rumah baharu.Disebabkan sangat teruja untuk menghias dan ditambah pula dengan minat yang mendalam untuk mendeko rumah,saya sanggup menggerudi dinding sendiri kerana malas nak melayan  kereneh suami yang sering  memberi alasan.Dia sebenarnya tidak suka semua sudut dinding digerudi tapi saya  pula bosan apabila melihat dinding yang kosong.Makanya,terpaksalah buat sendiri.Nasib baiklah dia tidak marah, cuma bersuara:"semua dinding digerudi."

dinding di tepi tangga kayu itulah ruang pertama yang saya gerudi...berpeluh-peluh juga  dibuatnya.apabila bosan dengan cara hiasan tersebut,cuba pula untuk cara lain.alhamdulillah,boleh pula tanpa menambah lubang lain
cara hiasan kedua di dinding ni...guna lubang yang ditebuk  asal saja untuk susun sebegitu.
dinding kedua yang digerudi..jika dilihat dari dekat,memang hasilnya tidak sebaik hasil kerja lelaki tapi sangat puas hati apabila dapat menggantungkan bingkai yang tersadar lama ni...
Sehari /beberapa hari kemudian,barulah berganjak ke didnidng tangga.Doa-doa dan hadis yang diambil daripada kulit Majalah Anis diliminat dan dibingkaikan.Bingkainya agak mahal juga.Tak terfikir pula masa ni untuk menggunakan bingkai yang dibeli di kedai RM 2.Lagipun masa ni belum kenal lagi kepentingan kedai RM 2.Sekarang,banyak peralatan untuk dekorasi boleh dibeli di kedai ini dengan harga yang murah.

supaya mug yang digantung tu berkeadaan selamat di situ,dinding digerudi tu....
Berbekalkan semangat yang diambil daripada wanita-wanita lain yang gemar mendeko,kejayaan mereka mengecat rumah sendiri memberi inspirasi untuk saya menampal pelekat kertas dinding ni bagi menutup contengan anak-anak.Saya kurang yakin untuk mengecat kerana prosesnya yang melibatkan sebelum,semasa dan selepas seakan memberi tekanan kepada saya. Pada saya,menampal kertas dinding lagi mudah kerana proses sebelum,semasa dan selepasnya tidak renyah seperti mengecat.
Apabila melihat dinding rumah yang penuh dengan hiasan,saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menjamu mata di rumah.Cantik atau tidak di mata orang,saya tidak kisah kerana saya yang tinggal di rumah ni namun prinsip cuba dan ubah selalu dibuat untuk mencari kesesuaiannya.

Nota kaki:selalu menggerudi dinding semasa jiran sebelah tiada di rumah dan semasa suami pergi kerja kerana tidak mahu mengganggunya serta tidak mahu ditegur oleh suami.

Sabtu, 10 Mei 2014

Sabtu Yang Sibuk

Sabtu ni merupakan hari yang padat dengan jadual.Dahlah paginya bersekolah, hari yang sama juga kenduri anak buah pihak suami.Malamnya pula ada makan-makan anjuran kejiranan taman perumahan.Apabila sampai di rumah hampir jam 10 malam, badan agak kepenatan.Tambaha Akmal yang masih kurang sihat sudah lena.Makanya, majlis malam tu tidak dapatlah saya hadiri.




Inilah biras-biras saya...