Penghujung Disember lalu telah dilaksanakan Misi 1 dan mendapat pujian daripada masyarakat yang menerima bantuan kerana baju yang disumbangkan telah dibungkus dan dilabel mengikut saiz.Maka,memang tak berlaku longgokan baju semasa misi bantuan tersebut.Kali ini misi untuk peralatan sekolah pula.Kerja-kerja membungkus dan melabelkan dilakukan oleh ahli PPIM.Dua jam untuk kerja-kerja ni.Pengagihan untuk tiga buah sekolah.Barang-barang sumbangan dibahagikan sama rata untuk tiga buah sekolah.
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Sabtu, 14 Februari 2015
Ahad, 8 Februari 2015
Seronok Tonton Cerita Ni...
Selamat malam...
Seronok tonton cerita ni The Secret World of Arrietty kerana boleh jamu mata melihat dekorasi rumahnya.Nak tonton,boleh lihat di youtube...
Moga urusan esok akan dipermudahkan.
Teruja Membeli-belah Barangan Hijau
Hasil rembatan di Kedai Nt(kedai jimat 5 sen,barang-barang hampir semua berharga RM 1.95) dan Econsave saja. Aktiviti selepas sekolah,singgah sana,singgah sini sebab rasa leganya hari tu setelah 8 masa kena bekerja di sekolah.Satu masa saja untuk rehat.Dapat beli barangan hijau ni,seronoknya.Seronoknya dapat gembirakan diri sendiri dengan cara macam ni saja.
Nota kaki:Masih memburu koleksi hijau yang lain...Hobi untuk hilangkan tress..
Langgan:
Catatan (Atom)


















