Khamis, 11 Februari 2016

Deko Pinggan dan Teko Hijau

Nak deko-deko pinggan mangkuk di meja konsul memang kurang selamat rasanya kerana anak-anak masih ligat.Jalan selamat,letak atas rak di kabinet tu.


Pinggan ni baru sama corak dengan teko kopitiam tu tapi penyangkutnya hanya sesuai pinggan ni saja


Selasa, 26 Januari 2016

Pinggan Clayton Ada di Situ

Semalam sempat kemas sudut ni.Lama tak lap kole yang digantung tu.Kole petak-petak dan yang di tengahnya dibeli di Super 99.
Dua pinggan hijau yang ditampal pelekat tu pinggan Clayton.
Nanti nak ubah tempat di ruang makan.





Deko Pinggan Hijau

Hanya dua keping pinggan hijau yang sempat dideko kerana ketandusan idea.Pinggan-pinggan yang lain masih dalam simpanan lagi.Jika lama terperam,boleh jadi akan terlupa tentang kewujudan pinggan-pinggan ni.

ni yang sempat dideko kerana penyangkutnya sesuai..RM 14.90 sekeping...
lebih kuranglah macam tu harganya..dah lupa sebenarnya..

set kopitiam ni masih dalam kotak...

bersusun lagi..


tak ada idea nak deko pinggan yang dibeli.di rak terbuka nilah nanti pinggan tu dideko..masih berfikir,bekas-bekas hijau tu nak simpan mana?