Salam kemerdekaan.
Bosannya cuti ni.Nak jalan-jalan masih tak berkesempatan kerana masih dalam proses menanda kertas percubaan PT3.Lepas ni kononnya nak duduk tengokkan anak bujang belajar BM untuk UPSR.Nak belajar sangatlah susah sedangkan dah janji nak ke Sabah bulan Oktober nanti.Janji itulah yang selalu dituntut.Nak ikut,kena rajin belajar.Saat akhir macam ni,lebih baik dia ke tuisyen.
Disebabkan anak nak UPSR,nak jalan-jalan pun rasa macam tak seronok walaupun berada di rumah bukannya belajar pun.Makanya,kepuasanlah warga rumah ni.Hari ni nak juga keluar dari rumah.Hah..memang mendapatlah.Dapat cari durian dan kopi yang sedang dicari-cari sekarang.Baru semangat nak habiskan penandaan kertas BM.Alhamdulillah,dah habis.Tinggal nak buat analisa dan langkah terakhir menjelang PT3.
Sedap kopi tarik tu.jika sejuk lagi sedap.RM1.20 setiap satu kopi tu di 7E.Jika beli di Speedmart, harganya RM 1 saja.Dapat beli pun dah bersyukur.
Tak ada anak kecil,kita main dengan bayi nilah..
Nota kaki:Rasa macam nak ke Kedai Eco RM2.tapi,nak cari apa yer?kertas dinding berpelekat?tak ada tempat dah nak tampal..