Isnin, 28 September 2009

Masa dan Kerjaya

Bila bangun tidur pagi hari Sabtu,mata saya terasa lain.Sakit mata rupanya. Hari Isnin dapat mc dua hari. Dapat cuti lagi. Mengikut doktor, selagi tak baik boleh tambah mc hingga betul2 baik. Kalau seminggu tak pergi sekolah, banyaklah yang ketinggalan. Banyak sukatan yang nak dihabiskan. Apa-apapun kena tengok dulu perkembangan mata ni. Kalau masih bertahi pada hari selasa, hari Rabu kena jumpa doktor lagilah.Mudah2an cuti dua hari ni dapat selesaikan soalan peperiksaan. bila menghadap komputer untuk menyiapkan soalan peperiksaan, tergendalalah kerja2 untuk menulis manuskrip. Sudah agak lama manuskrip tu tak bertambah.Orang nak tulis novel, saya pun nak cuba juga...Orang lain ambil masa setahun saja untuk siapkan sebuah novel tapi saya bertahun-tahun.Padahal kat sekolah mengajar sastera.Apa-apapun, genggam bara biar jadi arang...

Jumaat, 25 September 2009

Ramadan Sudah Berlalu

Ramadan sudah berlalu dan hampir seminggu Syawal bertamu. Ada sedikit peningkatan dalam pengisian dalam bulan Ramadan dan moga2 akan bertemu lagi ramadan tahun depan.Tiada yang istimewa syawal kali ini melainkan majlis rumah terbuka akan diadakan di kediaman baru saya bagi meraikan kawan2 dan sanak saudara. Insya Allah..Sebelum ini saya tidak pernah mengadakan apa2 majlis untuk meraikan tetamu. Tapi, tahun ini memandangkan majlis doa selamat belumpun diadakan sempena mendiami kediaman baru dan menerima APC baru2 ini, nampaknya majlis itu nanti perlu diadakan.Isnin ini akan mula buka sekolah dan bermulalah misi saya yang pertama selepas puasa di samping menyambung kembali manuskrip yang saya cuba siapkan. Jalan cerita sering berubah menyebabkan proses penulisan menjadi makin lambat. Apa2 pun biarlah dapat disiapkan hujung tahun.

Selasa, 8 September 2009

Tulis di buku dahulu

Sudah seminggu cerita yang cuba saya siapkan tergendala. Ilham dan mood sudah kering dan hilang.Bila tiada idea dan mood untuk menulis, saya mulalah melayari blog penulis yang ingin saya dekati. Seronok apabila membaca blog mereka yang mengupas tentang proses kreatif masing2. Terima kasih kepada Kak Ila dan Kak Aina Emir. Tulisan di blog akak jadi panduan untuk saya.

Setiap penulis ada cara tersendiri. Begitu jugalah dengan saya yang baru nak belajar bagaimana nak berhadapan dengan komputer. Sememangnya saya tidak boleh menghadap komputer lama-lama kerana akan kebosanan. Memang begitulah selalunya. Apa jua yang saya buat, saya tidak mampu bertahan menghadap perkara tersebut lama-lama kecuali jika membaca novel yang minat.

Menyentuh mengenai cara saya menulis, saya akan menulis di buku terlebih dahulu. Kemudian barulah akan menaip di komputer. Semasa menaip, saya selalunya tidak akan terikat dengan apa yang ditulis di buku.Perubahan akan berlaku lagi bergantung kepada idea yang datang semasa menghadap komputer. Keadaan ini akan menyebabkan proses kreatif saya akan menjadi lambat.Biarlah, saya baru mahu belajar.Saya pernah juga cuba untuk terus menulis di komputer, tetapi tak menjadi. Lama saya termenung di depan komputer untuk mencari kata-kata yang sesuai. Lama membuang masa, terpaksa beralih di buku dahulu. Bila menghadap buku, laju pula jari-jemari saya menurunkan kata-kata. Sudah banyak buku yang telah digunakan untuk menyiapkan 200 muka surat cerita yang cuba saya tulis.