Jumaat, 30 April 2010

Latihan Kebakaran

Khamis, 29 April 2010

Selesainya Tugas Baharu


Tugas menjadi guru pembimbing kepada cikgu pelatih Kesusasteraan Melayu akhirnya berakhir kini.Terima kasih banyak kepada cikgu pelatih kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik.Persediaan mengajarnya memang baik walaupun tiada lagi buku ulasan untuk subjek ini di pasaran.Sememangnya cikgu yang beriya membuat persediaan untuk mengajar tetapi murid-murid hanya memandang kosong terhadap pengajaran cikgu.Situasi begitu sememangnya sudah menjadi lumrah terutamanya bagi kelas-kelas yang hampir tercorot.Pengalaman tiga bulan di sekolah diharapkan akan dijadikan panduan untuk melalui rutin sebenar seorang guru.

Ahad, 25 April 2010

Wajah Baharu ...



Alangkah lapangnya mata apabila sesi mengemas ruang dapur selesai.Dengan koleksi cawan dan gelas yang baru dibeli,beberapa pinggan mangkuk terpaksa dialih ke tempat lain.Dua pinggan hiasan yang berukuran empat segi terpaksa dicutikan kerana tempatnya sudah diambilalih oleh papan tulis yang berbentuk teko.Lokasi untuk pinggan hiasan tersebut belum difikirkan kerana dalam minggu ini saya agak sibuk merencana soalan peperiksaan pertengahan tahun dan melatih murid-murid berpantun.