Rabu, 23 Februari 2011

Lima ruang..



Siapnya kabinet dapur yang baharu memberi perubahan yang besar kepada ruang yang lain.Meja konsul yang diletakkan di dapur mesti dialihkan.Begitu juga dengan meja Jepun yang berada bersebelahan dengan tv.Untuk menempatkan perabot yang ada,secara tidak langsung ada 5 ruang di ruang tamu.Ruang tamu,menonton,membaca,makan dan belajar ada tingkat bawah yang berkongsi satu ruang.

Ahad, 20 Februari 2011

Akhirnya Lega...

Kerja-kerja mengemas bilik bawah belum selesai lagi memandangkan barang-barang di atas rak belum dialihkan ke bilik atas.Nampaknya sesi mengemas bilik kerja ni tak berkesudahan lagi.Itulah jadinya bila orang yang tak ada skil mengemas terpaksa mengemas rumah.Kemas…kemas …kemas tapi tak nampak kemas pun.Kesempatan diambil apabila pekerja ABS datang untuk menyiapkan kabinet dapur beberapa hari lalu.Dengan kudrat mereka berdua,nampaknya rak tv yang ditransitkan di dalam bilik ni dapat dialihkan ke bilik di tingkat atas.Lapanglah sikit bilik ni.Dapatlah nanti satu almari diletakkan di dalam bilik ni.Semasa sesi mengemas bilik kerja ni,beberapa barang yang memang dicari selama ini telah dijumpai.Alhamdulillah.Paling bersyukur apabila satu cerpen yang berjudul ‘Doa Buat Suamiku’ telah hilang selepas notebook diformat. Dahlah cerpen tu belum lagi dibuat salinan, sudah hilang pula. Merana juga dibuatnya.Berjam-jam mengodek notebook,mudah-mudahan akan menjumpai semula,namun tidak berjaya juga. Nak menulis semula,dah tak ingat sebab cerpen tu sudah agak lama ditulis.Berkat suka menulis di buku terlebih dahulu,buku catatan tersebut berjaya dikesan sedangkan saya sendiri sudah lupa bahawa cerpen itu saya ada membuat catatannya. Walaupun terpaksa menaip semula, sekurang-kurangnya karya yang tak seberapa tu tak hilang.Nampaknya,saya perlu memikirkan satu cara untuk membuat ‘back up’ bagi hasil penulisan yang suam-suam kuku tu.Sayangnya jika koleksi cerpen yang sukar nak bertambah itu tiba-tiba hilang dalam simpanan.

Khamis, 27 Januari 2011

Kabinet Dapur Baru....

Masa yang agak lama diambil untuk menyempurnakan kabinet di bawah tangga.Hari ini semuanya telah siap sempurna.Maka berakhirlah beberapa masalah yang timbul:
1.kedudukan meja kecil yang berdekatan dengan peti ais sememangnya bukanlah tempat yang strategik.apabila berada di meja tersebut,peti ais agak sukar untuk dibuka.Kini,peti ais telah dialihkan dan meja itu boleh digunakan sepenuhnya tanpa gangguan
2.tempat penyimpanan makanan kering yang besar sudah ada.Maka,masalah untuk menyimpan makanan sudah tiada.Kini,tak perlu lagi menyorok di bawah meja kecil untuk mengambil makanan.
3.permukaan kerja dapat dikosongkan sepenuhnya kerana tempat penyimpanan sudah ditambah.pinggan mangkuk dan bekas plastik yang diletakkan di permukaan kerja menjadi penyebab keadaan dapur menjadi sesak dengan barangan
4.pinggan mangkuk sudah ada tempatnya.Maka,senanglah nak mencari pinggan mangkuk kerana dapat mewujudkan satu tempat untuk menyimpan pinggan mangkuk.sebelum ini,pinggan mangkuk memang diletakkan di tempat yang berasingan kerana tidak cukup tempat penyimpanan.bila nak menggunakannya,
terpaksalah membelek-belek pintu kabinet yang ada.
5.pinggan botanic garden juga sudah ada ruangnya yang tersendiri di dapur.sebelum ini,terpaksalah transit di almari di ruang tamu.
6.pinggan yang sudah kering juga sudah ada tempatnya yang tidak merimaskan.sebelum ini terpaksalah letak di atas table top menyebabkan table top menjadi penuh dengan barang.
7.set buffet juga dapat disimpan dalam kabinet.sebelum ini,terpaksalah menyimpannya di bawah katil di bilik bawah.penuh sesak pula di bawah katil

                                                      gambar dapur sebelum ini



RM 4+++ dibelanjakan untuk menambah kabinet baru di bawah tangga.kaunter permukaan menggunakan solid surface kerana tidak mahu dapur berhabuk semasa kerja mengubahsuai.ternyata permukaan ini kurang lasakkerana senang tercalar....