Dah lama saya membeli mesin jahit ni.Harga tunai RM745 dan jika membeli secara ansuran boleh mencecah seribu lebih.Maka,saya membelinya secara tunai setelah mengambil masa yang agak lama untuk mencari mesin jahit seperti ini.Baru sekali menggunakannya.Sekarang disimpan dalam bilik stor kerana hari menjahit belum tiba lagi.Banyak pakaian yang perlu dibaiki tetapi perasaan malas sangat menebal.
Sebelum ini,saya mempunyai mesin jahit yang seakan ini cuma jenamanya bukanlah Singer tetapi "Juki" jika tak silap.Mesin jahit ni agak berat hingga tak larat nak mengangkatnya apabila nak digunakan.Saya membelinya dengan harga seratus lebih sahaja di Makro Shah Alam masa itu.Sekarang Makro telah bertukar menjadi Tesco Extra.Disebabkan terlalu berat dan jahitannya agak kurang baik,saya telah menjualnya dengan harga RM 5 sahaja.MAsa itulah baru saya tahu beratnya 15 kg.
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Khamis, 22 November 2012
Rabu, 21 November 2012
FanBox..Realiti atau Fantasi
Saya masih dalam kesamaran tentang akaun fanbox.Walau bagaimanapun,sekarang saya masih mencari informasi tentang itu.Membaca forum di internet tentang fanbox menyebabkan saya terfikir panjang juga.Betulkah ini?Ada pendapat mengatakan fanbox ni hanya bohongan semata-mata!Sebabnya?Pertama kerana wang yang ada dalam akaun hanya nombor semata-mata dan kedua,jumlah rakan yang ramai juga tidak menjanjikan wang yang banyak.Tersentap juga membaca tulisan itu tatkala hati cuba untuk mempercayainya.
Kita pernah mendengar bahawa setiap klik dibuat di youtube,tuan punya youtube tersebut akan mendapat wang.Begitu juga dengan facebook dan iklan yang terdapat di blog.Macam mana pula blog saya yang bebas daripada iklan dapat menjana wang?Konsepnya lebih kurang sama pada fikirannya saya...setiap klik akan menghasilkan wang sekiranya blog tersebut berdaftar.Berdaftar dengan pihak mana?Kurang pastilah pula hal ini.Bagi blog yang ada iklan,mereka berpotensi untuk menjana wang lebih banyak.
Blog ini sebenarnya dibina atas penerokaan sendiri terhadap IT.Saya bergurupun hanya melalui tutorial dalam alam maya.Maka,bersyukurlah apabila saya dapat membina blog yang seadanya ini.Pada mulanya,saya memang tidak terfikir,malah tidak bercadang untuk menambah wang melalui blog kerana ilmu pengetahuan saya terhadap IT agak terbatas walaupun sangat berminat.Boleh dikatakan saya tidak tahupun caranya.
Saya mula terjebak dengan fanbox ini apabila saya dijemput oleh rakan pada 12 Oktober yang lepas.Mulai 20 Oktober,saya menerima mesej daripada fanbox mengenai wang pungutan dalam akaun sebanyak $421.66.Mesej tersebut saya hanya abaikan saja.Mesej-mesej yang seterusnya pun saya abaikan saja dan tidak pernah membacanya sehinggalah 17 November lalu baru rasa tergerak hati untuk membacanya.Begitu mudah pihak lain ingin memberi wang kepada saya?Antara percaya atau tidak,tunggu dan lihat sajalah.
Kepada yang telah melalui pengalaman dengan FanBox ni,anda bolehlah menulisnya di sini.

Selamatkanlah Mereka
Tiada perkataan lain yang boleh diulas tentang mereka melainkan sedih,kagum,bersabar dan bertawakkallah.Syukurlah kita di bumi Malaysia aman dan damai.Peranan kita?Boikot dan berdoa untuk mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)