Ahad, 16 Disember 2012

Murahnya Mesin Jahit di Cosway

Setelah menjadi ahli Cosway,saya mulalah membelek-belek katalog yang diberikan untuk mencari barang-barang yang perlu dibeli untuk mengaktifkan keahlian.Biasanya tak ambil pedulipun untuk aktifkan keahlian apabila menjadi ahli bagi sesuatu produk.Baru-baru ini saya baru menjadi ahli Zhulian semata-mata kerana membeli kerongsang dengan jumlah yang banyak.RM 700 lebih berbelanja di Zhulian,saya hanya mendapat  belasan ringgit sahaja keuntungan.Nampaknya memang tidak menguntungkan jika menjadi ahli melalui orang tengah.Orang tengah yang mendapat durian runtuh sebenarnya.Maka,biarlah keahlian Zhulian ibarat hidup segan,mati tak mahu kerana saya tak rela menguntungkan orang lain.

Dalam berfikir panjang,saya perlu aktifkan keahlian Cosway kerana produknya banyak menawarkan barang keperluan di rumah.Apabila intai-intai katalog tersebut,saya terpandanglah mesin jahit Singer ni.Mahu menjerit rasanya kerana harganya sangat murah untuk ahli tetapi mesti menggunakan 244 kupon.Pada mulanya memang terasa sangat ralat tetapi, mampukah saya mengumpul kupon tersebut untuk mendapatkan mesin jahit tu?Persoalan itu berjaya  memujuk hati.

..harganya RM250 sahaja manakala model R4171 tu RM549..dengan duit yang dibayar tempoh hari sudah membolehkan saya memiliki mesin jahit yang mempunyai 80 jenis jahitan....sabar3..

Sabtu, 15 Disember 2012

Buku Penulisan

Seronok membaca kedua-dua buah buku ni.Rasa bersemangat nak menulis setelah sudah agak lama tak mengasah fikiran menghasilkan cerpen untuk koleksi sendiri.

Tidak perlu bercerita panjang mengenai buku-buku ini kerana gambar boleh menceritakannya.


kulit belakang
menariknya,doa untuk dapatkan jodoh diselitkan dalam buku ini..boleh diamalkan oleh sesiapa  yang belum berkahwin






















kulit belakang

Jumaat, 14 Disember 2012

Kereta Lama

Sebelum ini saya hanya mendengar surat khabar lama apabila lori datang mencari kertas terpakai.Minggu ini,ada penambahan perkataan pula.

Lawaklah pula apabila mendengar surat khabar lama,KERETA LAMA...Suami hanya tersenyum apabila saya gelak besar di depannya.

Mungkin kereta  Mazda Astina yang sudah dua tahun tersadai di depan rumah yang dimaksudkan tu kerana di depan rumah orang lain,tiada kereta yang tersadai.Dah jadi muzium pula Rumahku, Syurgaku ini...