Ada 9 (rasa-rasanya) ekor kucing sebesar ini.Baka Parsi.Semua orang dalam rumah suka kucing.Masa dilepaskan(nak mencuci sangkar),barulah boleh pegang-pegang.
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Isnin, 24 Jun 2013
Deko Inggeris Melayu
Seronok tengok rumah ni.Simple saja tapi menarik.Apabila difikir-fikirkan,rumah saya pun banyak elemen Inggeris walaupun tak terniat.Kayu pun banyak kerana semua perabot daripada kayu.
Dah jadi blog untuk deko rumah pula.Tak kisahlah sebab susah nak cari hiasan rumah yang digemari di internet.Jika Mingguan Wanita bukukan Ruangan Rumahku Syurgaku,sayalah orang yang tidak akan melepaskan peluang.

Pasar Kemboja
Hari ni CUTI kerana JEREBU.Alhamdulillah,syukur sangat-sangat kerana kerja mengemas stor besar di bilik atas belum selesai.Lagipun,saya agak malas nak masuk ke satu kelas ganti ni.Sangat malas kerana diibarat seperti pekerja taska pula walaupun pelajarnya Tingkatan 4.Kerjanya hanya nak bersembang dan keluar kelas.Silap hari bulan mereka ponteng kelas.
Berbalik kepada misi hari ni,sebelum operasi bermula,Akmal kena hantar ke taska,kalau tidak tak jadi kerja sebab dia asyik nak melekat saja dengan saya.Tiba-tiba teringatlah hari ni hari ISNIN.PASAR KEMBOJA!Kebetulan nak cari tudung.
Disebabkan datang bersama dua hero dan yang seorang tu sangat lasak,maka tak boleh lama-lama.Saya hanya singgah di satu gerai saja untuk membeli tudung dan tak sempat nak tinjau-tinjau harga dahulu kerana sangat banyak gerai yang menjual tudung di sini.Alhamdulillah,singgah di gerai nidapat harga yang agak murah walaupun gerai depan ramai orang yang menyinggah.Sempat membeli 4 helai tudung sahaja.RM 18 dan RM 15 setiap satu.
Sebelum masuk ke pasar
Baju kurung RM 65
Jubah RM 75.Jika pandai menawarkan harga,mungkin boleh murah lagi.Tapi bagi yang tak pandai macam saya,kira murahlah tu...

Ada tempat letak kereta berbayar.RM 2.Depannya ada gerai yang dibuka 3 kali seminggu sahaja iaitu Ahad,Isnin dan sehari lagi lupa.Jumaat kot...
@@@Agak terkejut apabila tudung yang dijual RM 18 sahaja di sini tapi berharga RM 35 di Pasar Pagi SU.Baju dan barang2 lain agak murah di PAsar Pagi SU tapi tidak untuk tudung.
Langgan:
Catatan (Atom)