Isnin, 14 Oktober 2013

Akmal Gunting Rambut Lagi

Salam hari Isnin.Hari ni tak sekolah.Yew.
Saja nak kongsikan mengenai gelagat Akmal yang dah potong rambut masa Hari Malaysia hari tu.Bila?Takkan tak tahu bila Hari Malaysia?16 September lalu.
Disebabkan cuti umum,kedai gunting yang biasa pergi ditutup pula.Terpaksalah pergi ke kedai lain bersama tiga beradik tu.Hari ni nekad nak gunting rambut Akmal setelah ayahnya buat tak kisah dan masih boleh bersabar apabila orang kata heronya ni macam perempuan.Ibunya memang tak tahan dan tak boleh sabar dah dengan kata-kata tu.
Masa tiba giliran,tuan kedai tu kata,"perempuan tak terima" apabila melihat saya yang mendukung Akmal berjalan ke arahnya.
"Ini lelaki.Dia tak mahu gunting rambut.Sebab itulah rambut dah panjang macam perempuan."Terpaksalah saya berterus terang.
"Oohh...lelaki ye.Boleh,boleh..."Dalam hati,kalau tipupun mana dia nak tahu.Tapi takkanlah saya nak anak perempuan dipotong rambut gaya lelaki.Mimpilah ye,saya mana ada nak perempuan.Semuanya hero...

Akmal langsung tak nak duduk di kerusi,terpaksalah saya mendukungnya.Bila tiba nak potong bahagian depan rambut,terpaksa mamat India seorang lagi datang memegang kepala Akmal.Dia tak henti-henti minta maaf kerana terpaksa berbuat demikian.Bersopan pula dia.

Akmal berjaya gunting rambut di kedai dalam usia belum capai 2 tahun.Cipta rekodlah ni.Abang-abangnya gunting rambut di kedai apabila umur 5 tahun...

Santai Dengan Camera360

Hari Isnin cuti,makanya senang lenang saya tidur dan bersantai-santai pada hari Ahad.Telefon bimbit ditilik-tilik dan aplikasi camera360 sekali lagi dipelajari.Makanya,sekali lagi saya nak menulis tentang Camera360.Walaupun aplikasi ni dah lama tapi bagi mereka yang belum tahu,baca catatan sebelum ini untuk tahu cara muat turunnya dan boleh aplikasikannya untuk gambar Hari Raya Haji nanti.Bagi yang dah tahu,anggap saja bacaan santai.

banyak gaya yang boleh dilakukan.paling suka magic skin(untuk gambar yang cantik) dan sketch.gambar yang diambil dengan kamera biasa di tb boleh diedit dengan aplikasi camera360.Pilih saja yang berkenan

gambar asal..

teknik sketch

gambar asal

gambar boleh diterbalikkan...
awan ni biasa saja tapi boleh diedit banyak kesan warna







Ahad, 13 Oktober 2013

Susun Atur Hiasan

Semasa sesi menziarah setiap Jumaat, saya mula perasan perkara ini.Semua perhiasan yang digantung di dinding rumah saya lebih daripada satu.TIADA SATU sebenarnya.Apabila melihat satu gambar saja di dinding,saya rasa tak puas kerana ringkas sangat. Lihat sajalah gambar-gambar ni.Mungkin ada yang serabut?Terpulanglah,tapi tuan rumah tidak.