Sabtu, 7 Disember 2013

Kertas Dinding Lagi

Hari Khamis dan Jumaat saya 'mengoperasikan' ruang di tangga.Sangkakan senang,rupa-rupanya susah untuk menampal kertas dinding yang berdaun ni.Warna dan corak ini dipilih kerana itulah satu-satunya warna yang dirasakan tidak mudah kotor dan tidak akan menggelapkan ruang tangga tu.Daun tu juga disebabkan ingin menimbulkan kelainan di sekitar tangga tu.Untuk ruang yang lain,tak mahu guna yang ini dah kerana prosesnya makan masa yang lama disebabkan perlu mencantumkan daun-daunnya menyebabkan hampir 3 gulung digunakan untuk ruang itu saja.



Rabu, 4 Disember 2013

Tempat Letak Sudu

Cantiknya  tengok tempat sudu ni.Boleh dibuat sendiri ni. Pada masa yang sama saya sedang mencari idea untuk mengatasi masalah nak mengambil sudu kecil yang selalu berada di samping sudu-sudu besar yang mudah nampak dan senang diambil. Dah diintai di Tesco Setia Alam semalam untuk mencari bekas yang sesuai untuk letak sudu kecil tapi tak juga jumpa.
Jalan penyelesaiannya ialah buat sendiri bekas tu.Apabila difikirkan semula,agak remeh juga untuk membuat seperti ini.Maka,timbullah idea yang paling mudah iaitu gunakan poket 

hanya gunting poket dan lekatkan di kayu yang agak keras sedikit.saya gunakan bahagian belakang bingkai gambar.gamkan penyangkutnya.jika buat banyak,cantik juga sebab warna hijau dah nampak dari jauh.dah jadi satu dekorasi juga..
Dua sebab saya gunakan poket seluar ni:
1.warna hijau.memang nak tema hijau di dapur
2.seluar yang dibeli semasa mengajar di Shah Alam dulu tak pernah digunakan

Selasa, 3 Disember 2013

Kisah Dekorasi Dalam Majalah

Masa mula-mula pindah ke rumah baharu dulu, otak ligat berfikir cara nak hiaskan rumah.Alhamdulillah,dapat beli rumah yang agak besar juga(22x75) dengan harga tak sampai RM 200 ribu.Lepas tu,harga hartanah dah melambung.Masa tu saya melanggan majalah Keluarga.Apabila membelek ruangan ni,seronoknya melihat rumah mereka disiarkan dalam majalah walaupun tuan punya diri sendiri yang hantar gambar tu,bukannya wartawan yang datang terjah ke rumah.




Apabila saya menghantar gambar untuk ruang tersebut,tiba-tiba ruangan tu dah tak ada.Tersenyum sumbinglah saya.Sia-sia usaha saya.Nak mencuci gambar tu pun ada ceritanya.Tiba-tiba baru-baru ni,saya nampak gambar suasana depan pintu,"macam kenal je rumah ni."Oh.baru keluar!Lamanya terperam,mungkin dalam dua tahun..Alhamdulillah,usaha tak sia-sia.


dah dibingkaikan pun.makin bertambah koleksi ...


selit gambar ni juga sebab tak tahu nak kongsikan dalam catatan apa.seronok baca komen mereka..


@@Nota kaki:sesungguhnya sebagai manusia,kita nakkan penghargaan atas usaha yang dilakukan