Saya suka membeli-belah terutamanya di sekolah kerana tak perlu bersusah-susah nak berjalan jauh. Pertama kali tengok,memang tergoda.Tambahan pula kerja membuatnya agak leceh.Tak pasti pula harga asalnya kerana kawan membelinya di GM Klang.Jika beli banyak,boleh dapat harga borong.Terasa macam nak pakai ke sekolah saja untuk menggantikan beg tangan yang berat semacam.Entah apalah barang yang ada dalam beg tangan sekarang hingga terasa beratnya tapi tak rasa macam tak banyak barang dah dalam beg tu.Musykil juga ni...
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Selasa, 31 Mac 2015
Ahad, 29 Mac 2015
Kertas Dinding Berpelekat di Rumah
Gara-gara kemaruk kertas dinding berpelekat,hampir setiap ruang rumah ditampal dengan kertas dinding berpelekat.Berlainan corak pula tu.Masih ada lagi yang masih tersimpan kerana belum sampai seru untuk menampalnya.
Nasib baiklah suami tak pula bersuara.Ok juga hobi menghias rumah kerana semua orang dapat manfaatnya walaupun seorang diri saja yang bertungkus-lumus mengerjakannya.
Nota kaki;Seronok juga dengan hobi menghijaukan dapur kerana hobi itu mendorong untuk kerap ke Mr Diy,Daiso,kedai-kedai berhampiran dan Kedai RM 2.Masa inilah peluang untuk jalan-jalan,kalau tidak memang tak suka jalan-jalan tanpa tujuan.
Bengkel Sejarah SPM
LCD yang memudahkan proses pdp
Nota kaki:Untuk memperoleh markah yang banyak walaupun ayatnya tak panjang meleret-leret,gunakan ayat majmuk yang mempunyai fakta,huraian dan contoh dalam penulisan esei
Langgan:
Catatan (Atom)











