Lokasinya di belakang Satey Station yang berhampiran dengan Plaza Masalam.Rasa nak singgah untuk cari pinggan hijau seperti di bawah tu...mudah-mudahan berpeluang dan barang yang dicari ada
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Jumaat, 27 Mei 2016
Khamis, 26 Mei 2016
Ruang Tamu Berwajah Baharu dengan Kertas Dinding Berpelekat dari Mr Diy
Akhirnya wujud juga ruang Inggeris Melayu tanpa diduga.Ahad lepas,ruang ni berjaya diubah suai tapi belum siap sepenuhnya lagi kerana bahagian yang ada pintu sliding belum dikerjakan.Nak membuka langsir,leceh sikit jadinya.Pada mulanya memang tak bercadang nak ambil corak ni tapi bila 3 kali ke Mr Diy,corak yang dikehendaki masih tidak ada dan ada banyak pula corak ni,makanya ambillah corak ni.
Pada mulanya pinggan di bahagian atas tu nak digantung di bawah tapi bila gambar tu digantung rendah sangat,memang kena gantung ataslah pinggan tu
Guna perabot yang ada saja.nyaris nak beli rak jati untuk letak pinggan dan pasu hijau kerana nak mewujudkan elemen Inggeris Melayu
Pinggan bahagian tu agak rapat sikit,reda sajalah macam tu sebab dah tak boleh nak buat apa-apa.Nasib baiklah warna biru tu boleh ditutup dengan kertas dinding murah dari Mr Diy ni.Walupun murah saja harganya,RM 8.90 untuk 5 meter tapi bila kena cahaya,nampak berkilat coraknya.
Masa proses nak menggerudi dinding untuk gantung pinggan hiasan,memang kena ukur betul-betul.Memang gerudi sendiri..
Inilah yang dijadikan contoh...
Nota kaki:Mesti siapkan sebelum puasa ruang ni..
Isnin, 9 Mei 2016
Muat Turun Video Dengan Savefrom di Komputer Riba
Dah boleh muat turun video di telefon bimbit tapi tak pandai pula nak simpan dalam komputer riba.Masalah juga.Akhirnya kena cari jalan untuk simpan dalam komputer riba.Sebenarnya tak pandai sangat nak muat turun video ni tapi buat-buat saja pandai.Akhirnya boleh.Entah aplikasi yang mana satu dapat memanfaatkannya.
Item yang atas dan bawah turut dimuat turun
Item yang bulat untuk simpan dalam video manakala yang tiga segi untuk memaparkan videonya.
Dah banyak yang berjaya muat turun
Langgan:
Catatan (Atom)







