Ahad, 26 Jun 2016

Lapang Sikit...

Lapang sikit ruang tamu ni kerusi Jati merah dah dibuang.Bertahun-tahun juga menunggu nak membuang kerusi ni kerana tak ada idea nak membuangnya.Kerusi ni memang dah rosak kusyennya.Jika baiki pun rasa-rasanya tak berbaloi.Sementara dapat cari jalan untuk membuangnya,simpanlah dulu di dalam rumah.Kebetulan satu hari tu saya terbaca ada perkhidmatan untuk mengangkat barang-barang di fb.Jika nak tunggu suami yang ambil tindakan terhadap kusyen ni,rasa-rasanya lambat lagi kerana dia sendiri sayang nak buang.Alahai,kalau semua sayang nak buang,memang jadi muziumlah rumah ni.Sekarang dalam proses nak membuang televisyen yang besar gedabak pula.Tempoh hari,tv tu tak larat diangkat seorang diri, makanya saya tangguhkan dulu kerana sesi membuang barang-barang yang tak perlu kali kedua setelah saya selesai mengemas rumah.Masa tulah dia akan membawa pembantu kerana tv tu kena angkat berjemaah disebabkan berat sangat.Nak tunggu masa untuk mengemas tu yang tak datang seru lagi.Malasnya nak mengemas rumah..
Tiba2 ada kotak ajaib di situ...kotak tempat suami simpan alatan bertukang:gerudi dan beberapa alatan ada di situ.ruang depan tempat penyimpanannya???..


Akok

Hari Khamis lalu,suami ada buat akok.Semuanya dia yang buat.Resipi berdasarkan sumber google tapi sukatan bahan-bahannya memang timbang guna penyukat.Hasilnya,agak manis sikit akok ni.Lidah suami pun dah macam lidah orang Pantai Timur...Rupa-rupanya,ada acuan lain lagi untuk buat akok ni asalkan kreatif.


Khamis, 23 Jun 2016

Jimat Berbelanja

Tema raya tahun ni ungu.Kononnya malas nak beli tudung yang mahal-mahal,makanya timbullah idea ni untuk bergaya sikit.Saya beli selendang yang berharga RM 10 dan dijahit menjadi dua muka.Kemudian beli pula bunga kerawang tu RM 6.90.Apabila diletakkan di tudung,besarnya bunga tu.Daun-daun dipotong dan dijahit di hujung tudung.Tak sangka,boleh jimat pula macam tu.Kalau bukan tudung raya,memang dah dipakai tapi sabarlah dulu,nanti bila dah raya bosan pula.Dengan RM 16.90,boleh juga bergaya.Syukurlah macam tu..

Bila ambil gambar,terlebih cahaya pula hingga warna ungu muda tu tak ketara jadinya.