Isnin, 25 Julai 2011

Alhamdulillah...Sihat Saja

Hamil,mengandung, berisi, berbadan dua atau mak buyung.Itulah panggilan yang boleh diberikan kepada wanita yang sedang mengandung.Alhamdulillah, kandungan hampir mencecah empat bulan tetapi keadaan saya masih biasa dan tiada apa-apa alahan.Jika dulu, perasaan malas sangat ketara sehingga mahu tidur saja.Kini, perasaan malas tidak ketara sangat cuma bila saja maghrib,tiba-tiba mata jadi mengantuk.Sudah beberapa minggu, menjelang saja hari Sabtu, badan terasa amat penat hingga seharian masa dihabiskan dengan tidur saja.Kerja-kerja memasak masih dibuat seperti biasa walaupun hanya sekali saja masuk ke dapur untuk memasak dalam sehari sama ada untuk makan tengah hari atau malam. Kalau sebelum ni, selalu juga memasak untuk sarapan, tapi kini terasa malasnya nak memasak waktu pagi.Kebiasaannya pada hujung minggu, hanya makanan tengah hari yang dimasak, itu pun selalu kebuntuan.Kadang kala, terfikir juga, “betulkah saya mengandung sekarang?” apabila tiada langsung alahan yang membuktikan diri mengandung.Cuma, baru-baru ini ada seorang rakan sekerja yang bertanya, “akak mengandung ke?” Malu juga disoal sebegitu kerana kandungan baru saja mencecah tiga bulan pada masa itu tapi orang lain mula perasan keadaan perut yang kian membuncit.Memang tak dapat nak dinafikan, itulah hakikatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan