Sabtu, 20 Oktober 2012

Hari Graduasi 2012

Hari ini saya ditugaskan sebagai pendaftar bagi pelajar 5A.Pendaftaran bermula seawal jam 7 pagi.Maka,mesti hadir awallah pagi ini.Nampaknya perjalanan majlis di sebalik tabir agak kurang sistematik setelah ketiadaan PK HEM yang telah pencen pada bulan Julai lalu.Namun,keseluruhannya masih berjalan lancar terutamanya semasa majlis di dewan.

Semasa menunggu pelajar 5A mendaftarkan diri,sempatlah saya memerhati gelagat pelajar bergaya dengan jubah mereka."Janganlah tengok cikgu,malu." Rupa-rupanya mereka perasan saya memerhatikan mereka.Moga-moga hari ini yang diraikan menjadi perangsang untuk terus gigih berusaha demi SPM pada 5 Nov nanti.


Teringatlah saat menduduki SPM dulu.Sebelum bercuti panjang,seluruh usaha digunakan supaya cuti yang lama itu akan berbaloi dan hasil yang akan dituai nanti akan menggembirakan hati.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan