Selasa, 9 Mac 2010

Beli atau Tidak?


Melihat resipi dalam majalah Nur ini,teringat saya kepada mangkuk besar yang mempunyai cawan yang boleh digantungkan di sisinya.Berkali-kali saya berhasrat untuk membelinya tetapi sering terbantut hasrat tersebut disebabkan selalu berfikir,"Bolehkah mangkuk ini dimanfaatkan?Bila masa pula saya nak menggunakannya memandangkan saya memang jarang-jarang mengadakan majlis di rumah." Untuk membeli pinggan mangkuk, saya akn melihat kegunaannya terlebih dahulu. Jika sudah ada, saya akan berfikir banyak kali.Mungkin disebabkan saya bukannya jenis yang suka menambah koleksi pinggan mangkuk,hasrat untuk memiliki mangkuk tersebut pun akan difikirkan semula.Tapi, untuk memiliki buku dan baju,saya tidak perlu berfikir berkali-kali...Itulah kuasa buku dan baju berbanding pinggan mangkuk

Isnin, 8 Mac 2010


Dipetik daripada majalah Nur November 2009

Tertarik dengan kata-kata sebegini,tiba-tiba muncullah pula idea untuk membingkaikan kata-kata tersebut. Idea sudah ada tapi agak lama juga untuk mengambil masa untuk ke kedai bingkai gambar dan membingkaikannya.Hari ini, saya telah berjaya membingkaikan kata-kata hikmat tersebut dan masih sedang menunggu masa untuk menggantungkannya di dinding.Sabar sajalah menunggu masa untuk melihat hasilnya kerana kerja-kerja menggantungkannya hanya dilakukan oleh suami.Disebabkan terpaksa bergantung kepada suami,terpaksalah saya menunggu moodnya untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

Khamis, 4 Mac 2010

Alahai sudah Hari Jumaat..

Esok sudah hari Jumaat.Cepatnya masa berlalu dan kini kedatangan hari Jumaat seakan-akan tidak dirasai kehadirannya setiap minggu.Mungkin juga disebabkan hari Jumaat merupakan hari bekerja,jadi rutin-rutin harian dilakukan seperti biasa sehingga terlupa hari itu hari Jumaat.Sukarnya nak menjadikan hari Jumaat hari yang bermakna...