Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Rabu, 2 Jun 2010
Sibuknya...
Minggu ini merupakan minggu yang memang sibuk terutamanya apabila dikehendaki bertugas di bilik peperiksaan.Kesibukan ini belum lagi ditambah dengan urusan perkeranian untuk memberhentikan pelajar.Dalam bulan 5,tiga pelajar saya telah diberhentikan.Sekarang,proses untuk membuang seorang pelajar lagi.Urusan memberhentikan pelajar tersebut sangat renyah kerana banyak prosedur yang perlu diikuti dan banyak juga borang yang perlu diisi.Itulah lumrah jika menjadi guru kelas bagi kelas yang tercorot.Kesibukan dengan kerja-kerja pengurusan dan perkeranian ini menyebabkan kertas peperiksaan tergendala lagi.Apa-apa pun, kerja-kerja tersebut perlu diselesaikan dengan tenang agar tidak tertekan.Seronoknya kalau kerja-kerja memberhentikan murid ini tidak melibatkan guru kelas.Alangkah bagusnya jika begitu...
Selasa, 1 Jun 2010
Ulang tahun dan Hari Lahir Adib
sedapnya kek ni....
Kek ini dibeli selepas saya balik dari sekolah.Cadangnya nak merasa makan kek ais krim tetapi disebabkan koleksi kek yang memang sama dengan kek ais krim, terpaksalah saya saya beli kek ini.Kek coklat lagi.Hari ini juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan saya yang ketujuh.Tujuh tahun melayari alam rumah tangga,banyak cabaran yang dilalui.Apa tidaknya, hidup dengan orang yang memang berbeza karektor memang memerlukan kesabaran.Apa-apapun pegangan agama yang penting kerana didikan agamalah yang menjadi panduan untuk melayari hidup berumah tangga.Dengan didikan agamalah kita akan mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh.
Setia Bersama 2
Setelah disiarkan pada penghujung 2009, saya cuba sekali lagi.Sekadar mencuba kerana hadiahnya pinggan mangkuk.Memang tergoda dengan hadiahnya.Bila niat tak betul, rezeki pun tidak menyebelahi.
Kali ini saya
terpanggil untuk berkongsi mengenai hiasan dalaman yang ada di kediaman baharu
saya.Hampir tiga tahun mendiami kediaman baharu merupakan tempoh masa yang
masih singkat bagi saya untuk melengkapkan kediaman dengan sempurna. Menghias
kediaman sendiri memang memberi kepuasan biarpun hasilnya tidak segah sentuhan
pakar. Contoh dekorasi yang ditonjolkan di dalam Anjung Seri memberi inspirasi
buat saya untuk menata rias rumah mengikut citarasa dan kehendak saya.
Bermula dengan ruang dapur yang menempatkan
kabinet pasang siap yang diolah berdasarkan buku Dapur Anjung Seri, kebanyakan
teman-teman yang berkunjung ke rumah memuji ruang tersebut. Dari situ, dengan
minat yang mendalam, saya berdikit-dikit menghias kediaman mengikut peranan
ruang-ruang yang ada di kediaman dua tingkat saya. Tanpa konsep tertentu, saya
bebas memilih perabot dan barang-barang perhiasan yang sememangnya tidak mewah
tetapi ruang yang didekorasi itu dapat menggambarkan suasana ceria dan harmoni.
Melihat kesungguhan saya menunjukkan
kreativiti menghias kediaman, suami pula seolah-olah terpanggil untuk
menyerlahkan kreativitinya. Maka, terhasillah bingkai bagi tiga lekuk yang
berbentuk empat segi di sisi tangga.Bingkai tersebut dibentuk bagi memberi
fokus kepada pinggan hiasan yang bermotif bunga. Tempat pamer kereta mainan
juga diwujudkan di sisi pintu masuk.
Walaupun sudah banyak majalah
dekorasi yang terdapat di pasaran kini, Anjung Seri tetap menjadi pilihan untuk
santapan mata dan minda kala mempunyai masa senggang kerana dekorasi di dalam
Anjung Seri tidak mengecualikan para peminatnya yang terdiri daripada golongan sederhana
seperti saya yang mengimpikan dekorasi kediaman yang ringkas tetapi kemas dan menarik. Membelek Anjung Seri bukan sahaja
dapat menjadi terapi mata dan minda, malah panduan yang dipaparkan dalam
ruangan Soaljawab, Sebelum Selepas, Sudut Kerja dan Ruang Penyimpanan juga
dapat dimanfaatkan.
Langgan:
Catatan (Atom)