Ahad, 19 Februari 2012

Petang Sabtu Yang Melucukan..

Agenda hari ini agak padat.Bangun awal pagi,saya dah ke dapur,bukan nak buat sarapan tapi sesi nak mengemas dapur basah yang dah lama terabai.Sejak mengandung lagi,kami biasa bersarapan dengan roti saja,maka hingga kini roti saja sarapan kami anak-beranak.Baru saja nak mula mengemas,Akmal mula merengek.Terpaksalah berhenti sekejap.Bila dia dah tidur semula,barulah sambung semula.Sambil tu sempatlah basuh kain.TAkkanlah tak sempatkan,campak saja dalam mesin basuh,yang cucinya mesin.Belumpun siap mengemas,Ammar dah bersuara lapar.Kena masaklah pula.NAsib baiklah suami tak kerja hari sabtu.Dialah yang jaga Akmal.Bila dah lepas makan,malaslah pula nak mengemas ruang tamu yang dah jadi macam tongkang pecah dikerjakan dua beradik tu.Tapi disebabkan sakit mata dengan permainan yang berterabur,saya hanya mengemas permainan tersebut saja.Sambil rehat-rehat berinternet,saya dapat sms daripada rakan yang memberitahu nak datang ke rumah.Masa ni mulalah kelam kabut.Serta merta jadi rajin dan sekejap saja ruang tamu dah kemas.Bila sudah siap mengemas,barulah selesa nak berinternet sambil menunggu rakan datang bertamu.Tiba-tiba jiran depan rumah pula yang muncul.Nasib baiklah rumah dah kemas,kalau tidak,malu juga seposen.Jiran dah lama balik tetapi kawan saya tak juga muncul-muncul.Ammar dah mula bising.Memang dah begitu perangainya,jika sebut saja ada orang nak datang ke rumah terutamanya kalau kawannya sendiri,mulalah dia bertanya,kenapa tak sampai lagi.Seteko air teh dah saya bancuh supaya tak kelam kabut nanti.Ammar yang memang hantu air teh mula terliur dengan air teh tersebut.WAlaupun tak dibenarkan minum air tu,dia minum juga secawan setelah penat bermain.Bila hampir jam 7 malam, barulah saya terdetik untuk melihat telefon saya.Sahlah sms tak sampai bila tertera di skrin penghantaran mesej gagal.Ya Allah,patutlah tiada balasan sms yang saya terima daripada rakan.Biasanya saya akan pastikan sms dihantar sebelum menutup telefon tapi kali ini tidak pula.Hairan juga kenapa sms tidak sampai.Mulalah saya berteka-teki sendiri.Setelah bersoal jawab dengan suami,barulah dapat jawapannya.Kredit saya sudah habis rupa-rupanya.Ini pertama kali saya menggunakan prepaid.Manalah saya tau kredit akan habis segitu saja bila sampai tarikh luputnya.Nasib baiklah saya tidak marahkan Ammar kerana telah minum air teh yang telah dibancuh tadi.Kalau tidak,percuma saja dia kena marah.Bila dah tak jadi orang nak datang,sekejap saja air teh habis dihadap dua beradik yang memang sukakan air teh.

Selasa, 14 Februari 2012

Novel dan drama Tangisan Bulan Madu




Drama ini sudah disiarkan pada Mei 2008 dulu.Saya sudah menontonnya tapi tak ingat sama ada sampai episod akhir.Dua tiga hari lepas,kebetulan minggu lepas semasa Akmal berjaga malam dalam jam 3-5 pagi,saya memasang tv sebagai teman dan kebetulan juga jam 4 pagi drama ini diulang tayang setiap hari.Mulalah saya menunggu cerita ini jika kebetulan Akmal berjaga malam pada masa tersebut.Saya terfikir-fikir sendiri,ada ke episod pencemaran dalam novel.Rasa macam tak ada.Tak puas hati,saya terpaksa membelek-belek semula keempat-empat novel yang ada dalam simpanan saya.Patutlah saya rasa babak pencemaran tu kerana drama tersebut telah disunting.YAng paling ketara dalam novel ini ialah hubungan kekeluargaan yang akrab selain konflik dalaman watak.Cerita tantang watak adik-beradik Mira juga tidak ditonjolkan.

SINOPSIS DRAMA TANGISAN BULAN MADU

Tangisan Bulan Madu mengisahkan saat tiga minggu paling bermakna yang dikecapi pasangan Bogatt dan Amira ketika berbulan madu. Amira, seorang gadis kampung miskin yang bertemu jodoh dengan Bogatt, anak ahli perniagaan berjaya di Kuala Lumpur.

Namun belum sempat mengecapi kebahagiaan suami isteri, Bogatt meninggal dunia kerana penyakit barah otak yang dirahsiakan. Bogatt tidak menyentuh Amira walaupun berkeinginan mengecap kebahagiaan suami isteri yang sah bersama wanita yang amat bermakna dalam hidupnya itu. Bogatt memutuskan mahu meninggalkan Amira dalam keadaan “suci” agar boleh menyambung impian bulan madu dengan lelaki lain. Lalu di depan Bogatt, Amira bersumpah untuk tidak berkahwin sekali lagi buat selamanya.

Amira kemudiannya menjadi guru di samping menghasilkan puisi menggunaka nama pena Delima. Antara puisinya yang terkenal termasuklah Pengantin yang diangkat daripada kisah benarnya dengan arwah suaminya. Dalam diam puisinya diminati R.Q.Amir yang sering menghubunginya melalui e-mel tapi tidak pernah dibalasnya.

Tetapi pertemuannya dengan penyair saling tidak tumpah seperti Bogatt mengejutkan Amira. Apatah lagi setelah lelaki bernama Razlan itu memperkenalkan diri sebagai R.Q.Amir yang meminatinya. Malah lebih mengejutkan, Razlan adalah adik kepada Bogatt tetapi berlainan ibu.

Razlan berterus-terang menyatakan rasa cintanya terhadap Amira tetapi ditolak kerana Amira masih setia terhadap sumpahnya pada arwah Bogatt. Kecewa dengan penolakan Amira,Razlan bersetuju menerima cadangan ibunya untuk menjodohkannya dengan Johanna.Pada hari pertunangan Razlan,Amira tidak datang ke majlis tersebut.Hakikatnya baik Razlan mahupun Amira memendam rasa di atas keputusan itu.

Masa berlalu Razlan asyik menunda pernikahan yang akhirnya membuatkan Johanna nekad memutuskan pertunangan mereka. Kemunculan Bada, seorang doktor yang menabur budi mengubati ibu Amira berkesudahan Amira terpaksa melunaskan wasiat ibunya supaya Amira menerima Bada sebagai suami.

Razlan kecewa lalu membawa diri ke luar negara menyertai projek kebajikan membantu mangsa perang. Sementara Amira pula tidak dapat menerima Bada sepenuh hati kerana kesetiaann cintanya terhadap Bogatt.

Lima tahun berlalu, hubungan Amira dan Bada masih dingin. Bada sengaja menyibukkan dirinya dengan tugas di hospital. Amira masih terdera perasaannya mengingati Bogatt yang sudah bertahun-tahun tiada. Dia kemudiannya berhenti mengajar lalu menguruskan perniagaan Butik Marina. Razlan pula kembali ke pangkuan keluarga untuk menguruskan perniagaan milik keluarganya.

Bada yang bosan dengan situasi itu nekad menceraikan Amira dengan talak satu. Detik itulah Amira semakin tertekan dan kerap mengunjungi pusara Bogatt.

Mampu kah Amira berpegang kepada sumpah setia itu? Apatah lagi dengan kemunculan semula Razlan yang tidak pernah putus asa menyatakan rasa cintanya terhadap Amira.

Sumber:http://www.budiey.com/tangisan-bulan-madu-

Masalahnya dalam pembikinan drama:
novel TBM TIDAK ADA watak jahat. Watak-wataknya lebih banyak berkonflik dengan diri sendiri berbanding dengan orang lain. Ini bermakna watak utama adalah protagonis dan juga antagonis. Amira VS Amira?

Sikap pengarangnya:
Samsiah cukup sporting dan mudah dibawa berunding. Beliau banyak bertolak ansur bagi menyesuaikan dengan kehendak stesyen. Sekalipun tidak pernah terlibat dalam mana-mana produksi TV, Samsiah mengakui dia memahami. Atas restu Samsiah sendiri, kami menjahatkan beberapa watak kecil dalam novel ini. Syafura, Cindy, Makcik Hindun dan Hakim terpaksa memainkan peranan besar di kaca TV. Kehadiran mereka dalam novel hanya tempelen sedangkan di TV mereka cukup dominan.

Sabtu, 11 Februari 2012

Bunga Lama di Laman

HAri ni saja nak kongsikan bunga-bunga yang ada di laman.Bunga-bunga ni bukan saya yang tanam tapi suami.Saya langsung tak bercucuk tanam.Menyiram pun kadang-kadang saja.Mungkin masa banyak dihabiskan mengurus hal ehwal dalam rumah,jadi saya lepas tangan pada bahagian luar rumah.Lagipun kita selalu berada di dalam rumah,jika bahagian luar rumah juga penuh dengan bunga-bungaan,bonuslah untuk cuci mata.Gambar-gambar ni diambil 2 tahun lepas,terkini orked dah tak berbunga lagi bila suami sekarang sudah tidak ada masa nak membelek-belek bunga.MAsa banyak habis dengan membelek-belek kucingnya.Laman pun seakan terbiar sekarang.Kasihan pada sesetengah bunga,terutamanya orkid, dah merajuk tak nak berbunga.