Hari ini saya ditugaskan sebagai pendaftar bagi pelajar 5A.Pendaftaran bermula seawal jam 7 pagi.Maka,mesti hadir awallah pagi ini.Nampaknya perjalanan majlis di sebalik tabir agak kurang sistematik setelah ketiadaan PK HEM yang telah pencen pada bulan Julai lalu.Namun,keseluruhannya masih berjalan lancar terutamanya semasa majlis di dewan.
Semasa menunggu pelajar 5A mendaftarkan diri,sempatlah saya memerhati gelagat pelajar bergaya dengan jubah mereka."Janganlah tengok cikgu,malu." Rupa-rupanya mereka perasan saya memerhatikan mereka.Moga-moga hari ini yang diraikan menjadi perangsang untuk terus gigih berusaha demi SPM pada 5 Nov nanti.
Teringatlah saat menduduki SPM dulu.Sebelum bercuti panjang,seluruh usaha digunakan supaya cuti yang lama itu akan berbaloi dan hasil yang akan dituai nanti akan menggembirakan hati.
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Sabtu, 20 Oktober 2012
Alhamdulillah..10 Hari LADAP
Program 2Q Bahasa Malaysia SPM di SK Taman Prima melengkapkan LADAP(Ltihan dalam Perkhidmatan) bagi hari yang kesepuluh.Cukup juga kursus saya pada tahun ini walaupun telah cuti bersalin selama 3 bulan.Ceramah atau LADAP lain yang diikuti sepanjang tahun ini:
|
1
|
TAZKIRAH
JUMAAT-KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS NABI
|
|
2
|
PENINGKATAN
PRESTASI PMR(SEJARAH)
|
|
3
|
TAZKIRAH
JUMAAT-CARA MENJAUHI ZINA DAN AKIBAT
|
|
4
|
TAZKIRAH
JUMAAT-TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
|
|
5
|
KURSUS
ETOS KERJA PROFESIONAL
|
|
6
|
TAZKIRAH
JUMAAT-10 PERKARA MEROSAKKAN OTAK
|
|
7
|
TAKLIMAT
LISAN-ULBS DAN PLBS
|
|
8
|
PENGURUSAN
STRESS
|
|
9
|
TAZKIRAH
JUMAAT-APA ITU AGAMA
|
|
10
|
PELAKSANAAN
PBS MENENGAH RENDAH-SEJARAH
|
|
11
|
PERANCANGAN
STRATEGIK
|
|
12
|
TAZKIRAH
JUMAAT-ADAB-ADAB RASULULLAH KETIKA MAKAN
|
|
13
|
TAZKIRAH
JUMAAT-AMALAN MEMBACA AL QURAN
|
|
14
|
HARI
PENGURUSAN DAN KEWANGAN
|
|
15
|
TAZKIRAH
JUMAAT-KISAH PENDAYUNG SAMPAN DAN ISTIGHFAR
|
|
16
|
KELEBIHAN
BERZIKIR
|
|
17
|
HARI
KESELAMATAN
|
|
18
|
IHYA
RAMADAN
|
|
19
|
TAZKIRAH
JUMAAT-PENYAKIT POPULAR:MALAS
|
|
20
|
TAZKIRAH
JUMAAT-KEPENTINGAN MASA
|
|
21
|
TAZKIRAH
JUMAAT-MENCARI KEBERKATAN ALLAH
|
|
22
|
HARI
PROTOKOL
|
Langgan:
Catatan (Atom)



