Jumaat, 7 Februari 2014

Bilik Kerja

Bilik di tingkat bawah banyak fungsinya.Bukan setakat menjadi tempat solat,bilik itu juga menjadi bilik tetamu jika ada saudara bertandang,tempat transit barang dan ruang kerja untuk saya.Disebabkan bilik ini selalu menjadi tumpuan,maka kerja-kerja mengemas bilik ini mesti dilakukan dengan kerap.
Untuk catatan ini, saya ingin berkongsi tentang peranan bilik bawah  sebagai ruang kerja saya.
Semestinya kena ada pencetak kerana sudah 5 atau 6 tahun saya tidak menulis rancangan mengajar harian kerana menaip di laptop lebih mudah.Pencetak itu merupakan yang ketiga dan sangat mudah dikendalikan kerana saya boleh menggantikan dakwatnya sendiri jika dah habis.Sebelum menggunakan pencetak ini,selalu minta bantuan daripada suami jika kehabisan dakwat.Lecehnya.
Di sinilah saya berblog,berfb dan melakukan kerja-kerja sekolah seperti masukkan markah SAPS, buat APDM dan SMM.
Ruang kerja untuk anak-anak di ruang tamu.Mereka membuat kerja sekolah di meja makan kerana meja belajar untuk meeka telah disimpan di dalam bilik stor gara-gara Akmal sangat aktif memanjat.Alat tulis untuk mereka disimpan di dalam almari yang menjadi penghadang ruang tamu dan menonton.Almari dijadikan tempat menyimpan alat tulis kerana kedudukannya tinggi dan mudah dicari serta dicapai.





buku-buku untuk rujukan semasa disimpan dalam rak yang bersekali dengan meja tulis


stok alat tulis yang ada



gunakan tempat menyimpan sudu yang dibeli di Mr Diy untuk meletak alat tulis supaya mudah diambil







Khamis, 6 Februari 2014

Kemas Dapur Sebelum Kerja

Azam tahun 2014 ni nak kemas rumah sebelum pergi kerja.Alhamdulillah,boleh buat walaupun bukan hari-hari tapi ada kesempatan juga.Kerja mengemas yang selebihnya dibuat pada hari minggu.



Mesti bersihkan singki sebelum tidur,ada kalanya susah juga...







@@Suka lihat suasana dapur yang agak teruk sikit pada masa awal kami berpindah ke sini dah bertukar ceria sedikit.Nak cari idea untuk hilangkan kesan air meleleh apabila hujan turun di bahagian depan dapur pula...


@@Jangan biarkan 'kededek' dalam singki..betulkah istilah tu?Orang Besut yang lama tak balik kampung,loghat Kelantan yang dituturkan pun hampir lupa...


Jalan-jalan di Setia City Mall

Cuti 6 hari sempena Tahun Baharu Cina hanya dihabiskan di rumah saja.Alhamdulillah,banyak perkara yang dapat diselesaikan.Kesempatan cuti panjang tu diambil untuk cuci mata di Setia City Mall.Memang boleh cuci mata dan cuci duit sekali kerana pergi seorang diri saja.Bestnya membeli-belah seorang diri di Parkson,tak ada nak terikat dengan sesiapa.Tiliklah barang yang nak dibeli sepuas hati.Agak teruja melihat pinggan Corelle yang banyak bentuk tapi harganya memang mahal.Tak berbaloi beli kerana harganya mahal seperti set pinggan potmorion pula.Geram melihat pinggan mangkuk hijau.Rasa macam nak beli tapi berbaloikah?Ikutkan hati,semua nak beli.Lain kali boleh membeli-belah di sini lagi terutamanya jika nak mencari beg tangan.Banyak jenama ada,tak perlu nak ke Sogo yang memang sibuk tu.Sesuailah dengan saya yang memang tak pentingkan sangat jenama,setakat pakai beg tangan yang ada jenama sikit,kiranya dah ok.