Tandas merupakan satu-satunya ruang yang saya tak tahu nak deko.Yang penting,tandas tu sentiasa bersih kerana saya sangat penggeli.Dalam banyak ruang,biarlah tandas sentiasa bersih walaupun ruang-ruang lain kurang bersih kerana tandas yang kotor sangat menggelikan.
Nak dikata tandas di rumah saya sentiasa bersih,tak boleh dijamin juga kerana anak-anak selalu keluar masuk tandas.Namun, seboleh-bolehnya saya akan pastikan tandas tidaklah menggelikan.
Satu tips yang saya amalkan,saya selalu bersihkan bilik air sambil mandi sahaja.Itu pesan ibu saya.
Walaupun ibu saya sudah agak uzur,namun bilik airnya sentiasa bersih.Saya yang masih muda agak malu bila ditegur tentang tandas.Bila dah amalkan begitu,saya perasan bahawasanya saya tiada masa-masa yang tertentu untuk cuci tandas.
Bila lihat saja dinding sebelah depan dah berkulat,saya sental.Esoknya pula,saya sental bahagian lain pula.Jadi, proses menyental tandas tak lama.Lantainya memang hari-hari kena siram dan sental,cuma bahagian singki,dinding dan lain-lain saja yang ambil masa selang beberapa hari untuk dicuci.
Sebenarnya sukar nak dapatkan gambar deko tandas ni.Saya hanya kongsikan beberapa gambar simpanan yang diambil melalui laman fb untuk dimanfaatkan.