Ahad, 2 Mac 2014

Bilik Air /Tandas

Tandas merupakan satu-satunya ruang yang saya tak tahu nak deko.Yang penting,tandas tu sentiasa bersih kerana saya sangat penggeli.Dalam banyak ruang,biarlah tandas sentiasa bersih walaupun ruang-ruang lain kurang bersih kerana tandas yang kotor sangat menggelikan.
Nak dikata tandas di rumah saya sentiasa bersih,tak boleh dijamin juga kerana anak-anak selalu keluar masuk tandas.Namun, seboleh-bolehnya saya akan pastikan tandas tidaklah menggelikan.
Satu tips yang saya amalkan,saya selalu bersihkan  bilik air sambil mandi sahaja.Itu pesan ibu saya.
Walaupun ibu saya sudah agak uzur,namun bilik airnya sentiasa bersih.Saya yang masih muda agak malu bila ditegur tentang tandas.Bila dah amalkan begitu,saya perasan bahawasanya saya tiada masa-masa yang tertentu untuk cuci tandas.
Bila lihat saja dinding sebelah depan dah berkulat,saya sental.Esoknya pula,saya sental bahagian lain pula.Jadi, proses menyental tandas tak lama.Lantainya memang hari-hari kena siram dan sental,cuma bahagian singki,dinding dan lain-lain saja yang ambil masa selang beberapa hari untuk dicuci.
Sebenarnya sukar nak dapatkan gambar deko tandas ni.Saya hanya kongsikan beberapa gambar simpanan yang diambil melalui laman fb untuk dimanfaatkan.






5 ulasan:

  1. kalau kat rumah sy mcm ni..hbs dikerjakan dengan 3hero tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sayapun...bunga di meja kerjapun dah dicabutnya...dah tak 3d lagi

      Padam
  2. Dlu niat gak nk hias2 bagai kt tandas....tp penah terbaca 1 blog lupa nama blog tu....katanye tandas ni rumah syaitan, so klu kita hias tandas sama la kita hias rumah syaitan...gulp! Cukup la skadar bersih saje....huhu...tp terpulang pd individu masing2 kan...heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas perkongsian.selama ni tahu tandas tu syaitan suka tapi tak terfikir pula macam tu...boleh dipanjangkan isu ini...mungkin itulah sebabnya sy tak terdeko pun...

      Padam
  3. mmg tgh cari idea nk jadikan susunan tandas lebih kemas dan selesa...tq sharing...rajin betul mendeko ni..kipidap..

    jom, lawat blog saya.

    www.sihatnatural.blogspot.com

    BalasPadam