Selasa, 4 Mac 2014

Dilema Kertas dinding Murah

Agak sedih apabila melihat rakan-rakan memuat naik gambar kertas dinding yang telah ditampal tanggal semula.Nasib baiklah kertas dinding di rumah saya hanya mengalami sedikit masalah.Walaupun sedikit tapi agak tertekan juga kerana terpaksa memanjat tangga lagi untuk menampal gam semula. 
Sebenarnya sangat bermasalah kertas dinding yang bercorak hitam ni.Ini  kali kedua kertas dinding tu tanggal.


Selain tanggal,tiba-tiba boleh merekah pula.Padahal masa tampal dulu,elok-elok dah tutup,cantik saja hasilnya.Yang bermasalah hanya corak ini sahaja.Moga-moga kecacatannya tidak disedari oleh orang lain.Bagi yang berminat,disarankan tambah gam  kertas dinding supaya tak timbul masalah tanggal apabila dah ditampal.

Corak yang ini tiada masalah.Bahkan saya sangat suka dengan corak ini.Memang bercadang nak tampal di ruang tamu pula tapi tiada masa lagi.Nampaknya warna-warnilah rumah nanti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan