Ahad, 30 Mac 2014

Ruang Menonton/Keluarga

Sukarnya nak merakam gambar ruang menonton utama ni dengan baik kerana ruangnya yang berada di tengah-tengah ruang tamu dan makan.
Inilah wajah ruang menonton yang juga merupakan ruang keluarga yang sangat lasak dan ringkas.Almari dan kerusi dijadikan penghadang kerana saya lebih suka banyak ruang walaupun anak sangat suka berlari-lari dalam rumah.Di sinilah kami menonton tv dan baring-baring.Tv kebiasaannya dikuasai oleh anak yang kedua.Tv akan dipasang sepanjang hari.Bukan siaran tv yang ditonton tapi cerita-cerita yang telah muat turun dari internet menjadi kesukaannya,sedangkan dia bebas bermain 'game'.Itulah situasinya jika hari minggu.Jika hari bekerja,barulah boleh kami menonton tv.Kebiasaannya,bila balik dari sekolah,memang seronok baring-baring di sini,bawah kipas yang dipasang sendiri oleh suami.Waktu malam pun seronok tidur di sini kerana sejuk.Di sinilah tempat kami lepak seharian.


nampak serba tak kena dengan ruang keluarga bahagian bawah ni...kertas dinding di ruang makan dah termakan ruang menonton,maka keadaan jadi makin sempit..

Disebabkan memag tiada peluang untuk menonton tv di bawah,maka ada satu l;agi di tingkat atas.Tv ni jarang-jarang dipasang tapi inilah tempat untuk bersendirian.Kebiasaannya anak yang sulung suka menonton kartun di sini.Bumbung yang sangat tinggi menyebabkan tiada kipas siling tapi hanya kipas duduk saja.Ruang ni jarang-jarang digunakan anak-beranak,maka banyak barang pun tak menjadi masalah kerana Akmal si lasak kadang-kadang saja ke sini.

4 ulasan:

  1. mcm kat rumah saya gak..ruangan atas tu syiling tu sangat tinggi..blh buat lg 1 bilik kat atas tu..so memang x ada kipas..hanya pakai kipas berdiri ajer klalau nak lepak

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang boleh buat satu ruang lagi tapi buat masa ni tak terfikir lagi...bajet pun mesti banyak tu...

      Padam
  2. Balasan
    1. ini baru lepas mengemas,tenanglah sikit mata memandang...sukar juga nak kekalkan macam tu sebab 3 hero tu selalu bersilat dalam rumah...

      Padam