Ahad, 30 Mac 2014

Kertas Dinding & Pelekat Dinding

Hari Rabu baru selesai siapkan ruang ni kerana kertas dinding yang ditampal dah tanggal,cuma tak jatuh lagi.Masih tak siap lagi,dah tanggal pula.
Kertas dinding corak tu dah habis,pada mulanya nak beli lagi tapi saat-saat akhir dah malas nak guna corak tu kerana selalu menimbulkan masalah.Penyelesaiannya,guna saja corak batu-bata yang masih berbaki.Janggallah pula jadinya kerana corak batu-bata nampak tak sama potongannya.Terpaksalah cari idea lagi untuk tutup kecacatan tu.Harapnya dengan idea ini boleh tutupkan kecacatan yang di sebaliknya tu.Pelekat tu beli di Mr Diy Setia Alam.

@@Nota kaki:seronoknya sekarang boleh buat catatan dengan menggunakan telefon bimbit saja.Tak sia-sia beli telefon yang besar sikit...

7 ulasan:

  1. salam,

    sy baru menikuti bloq awak...susah tak nak tampal kertas dinding?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam..susah juga jika buat seorang diri.lebih baik buat berdua,senang sikit nak samakan bhgn bawah..tapi kat rumah,semuanya saya buat seorang diri saja....kena banyak bersabarlah...

      Padam
  2. salam perkenalan. nak tanya kertas dinding tu kita tampal dulu baru potong atau ukur, potong dan tampal. saya baru nak mencuba tampal kertas dinding ni. saya beli 2 jenis yang berpelekat sendiri dan ada juga yang kena letak gam dulu baru lekat... kalau tanya dengan kedai dia suggest yang tidak berpelekat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Potong dulu baru tampal tapi kena pastikan sama ada coraknya kena bercantum atau tidak.kalau kena bercantum,pastikan corak cantumannya dulu baru potong.kalau yang tak bergam,tak pasti pula sbb tak pernah buat.

      Padam
  3. As salam. sis di kedai mana nak beli gam untuk kertas dinding. Saya nak cari gam untuk pasang kertas dinding.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya boleh dicari di kedai hardware

      Padam
  4. As salam. Sis di kedai mana boleh saya beli gam untuk kertas dinding. Saya sedang mencari gam untuk menampal kertas dinding.

    BalasPadam