Sabtu, 6 September 2014

Meja Kecil dah Berkerusi

Apabila ruang dapur dah dipagarkan,perkara pertama yang nak dibuat ialah meletakkan kerusi di meja kecil ni.Bila dah dialihkan, barulah lapang laluan di dapur belakang.Meja ni pelbagai guna, sekarang dah jadi meja ofis suami di rumah  pula.Suami bekerja di bahagian telekomunikasi, di rumahpun masih boleh bekerja asalkan ada internet.

Setakat ni saya hanya mampu mengemas bahagian rak pantri sahaja.Kononnya nak mengemas lagi bahagian laci dan dapur di belakang tapi tak mampu nak buat kerana sibuk pula nak menanda kertas percubaan PT3 dan ujian PISA.Kerja-kerja mengemas terpaksalah ditunda pada cuti sekolah ni.Kerja-kerja rumah tak ada orang nak gesa-gesa dan dibuat betul-betul apabila mata dah jadi serabut melihatnya tapi kerja sekolah ramai pula yang mengejarnya jika lambat siap.

sebelum ni kerusi ni digunakan untuk meletakkan bakul pakaian kotor di dapur belakang.memandangkan penggunaan kerusi ni menyempitkan laluan,memang kena alihkan.Sebelum ni juga saya gunakan kerusi bulat.Apabila nak guna meja,kerusi bulat tu diangkut,kemudian diletak semula di dapur belakang apabila selesai.Rimasnya macam tu tapi terpaksa juga. Memang tak boleh biarkan kerusi ada di situ kerana Akmal akan memanjatnya dan mengemas kabinet atas pula.

suami yang pasang pengunci ni.tiba-tiba teringat yang dia dah beli banyak pengunci tapi tak digunakan pun..sekarang baru dikeluarkan daripada stor ...saya sendiripun tak pandai buka kunci ni pada mulanya.Akmal dan Adib apa lagi,memang mereka tak pandai nak buka pun..nak pasang kunci di pagarpun kena fikir sendiri,memang tak boleh nak harapkan orang yang buat pagar ni untuk selesaikan masalah kita...punat bulat tu kena tarik dulu baru boleh tolak ke kiri untuk menyelak

Jumaat, 5 September 2014

Adab-adab 'WhatsApp '

Alhamdulillah, hampir sebulan saya 'boikot' whatsapp.Setiap hari, mesti kena padam gambar dan video yang tak sepatutnya disimpan dalam telefon.Gambar dalam akaun bloger juga cepat bertambah-tambah.Untuk menggantikan whatsapp, saya gunakan telegram.Nampaknya telegram lebih baik kerana gambar dan video yang dihantar tidak mengganggu galeri di telefon kita...

Nota kaki:kita disibukkan untuk bersosial.alangkah baik  kita tidak banyak menghabiskan masa menghadap laman sosial....peringatan untuk diri sendiri...salam jumaat...

Khamis, 4 September 2014

Penjagaan Diri & Kediaman daripada Gangguan Makhluk Halus

Gambar:sumber fb

1. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu ( kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kbiasaannya di pintu2.

2. Lazimi membaca dn memasang ayat suci al Quran di rumah.

3. Gunakan semua bilik yang ada dlm rumah.

4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang  kerana tu semua makanan jin.

5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin ialah angin.

6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.

7. Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)

9. Bagi rumah yg pintu2nya berhadapan dgn pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu2 yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus

10. Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

11. Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

12. Elakkan duduk di pintu.

13. 'Pagar' rumah setiap hari.

14. Selalu baca surah AlBaqarah.

15. Selalu alih-alihkan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.