Jumaat, 12 September 2014

Laman Idaman

Alhamdulillah,esok dah mula cuti sekolah dan saya sudah menghabiskan penandaan kertas percubaan BM PT3.Tiga hari bersengkang mata hingga nak tambah catatan blog pun tak ada masa.Nak mengemas rumah pun ala kadar saja.Bila dah siap menanda kertas peperiksaan,leganya.Barulah ada mood nak buat kerja-kerja lain.
Semaknya mata melihat pemandangan di depan rumah tapi buat-buat tak nampak saja sebelum ni.Almari dapur yang diletakkan di depan untuk menyimpan peralatan cuci-cuci kereta dan perkebunan sudah rosak tapi tak tahu tempat nak dibuang,makanya terbiarlah di situ.Bila dah cuti sekolah,baru terasa nak ubah keadaan di luar rumah tu.
Sebelum raya tempoh hari,jiran sebelah telah melakukan ubah suai dengan meninggikan dinding tepi.Ada baiknya juga begitu,terlindunglah sedikit pandangan ke dalam rumah.Bila terpandang gambar ni,sukalah pula tengok wajah macam ni.Kayu yang bersilang tu dah ada di rumah,rak kecil tu pun dah ada tapi tersimpan saja kerana dah tak tahu tempat nak gantung.Masalahnya,mana nak humban almari dapur tu?Kerusi jati pun dah ada di luar.
gambar hiasan yang dipetik daripada fb...

Ahad, 7 September 2014

Cuci Peti Ais

Sejujurnya nak bersihkan peti ais ni selalu tak berapa nak rajin tapi bila dah terjebak dengan laman sosial yang berkaitan dengan deko dan susun atur dalam rumah,kerajinan tu makin bertambah kerana tersuntik dengan semangat rakan-rakan yang lain.Padahal memang tak kenal pun dengan ahli-ahli yang lain apatah lagi nak bersaing.Itulah kata orang,perkara yang buruk-buruk dalam diri kita tu biarlah kita sendiri yang tahu dan serlahkanlah kebaikan yang ada dalam diri kita supaya orang lain pun boleh jadikan teladan.Sebenarnya itulah yang saya dapat apabila terjebak dengan laman sosial.Secara tak langsung,rutin harian pun makin tersusun.
Panjang benar mukadimahnya untuk catatan tentang peti ais ni.Nak gunakan bekas plastik bertutup,tak praktikal pula tapi saya suka beli yang jenis ni.Di kedai biasa pun ada,tak perlu nak ke Mr Diy.Bekas yang rendah membolehkan kita mudah nampak barang di dalamnya.Bila dah letak alas pinggan yang berplastik tu,nampak lain sikit.Nak cari yang lebih cantik dah tak ada,reda sajalah dengan corak tu.Lagipun harganya sangat murah di Kedai 2 Ringgit,RM2 untuk 12 keping.6 keping alas besar dan 6 keping untuk cawan.
peti ais nampak kosong apabila dah dimasukkan dalam bekas plastik tu.biasanya nampak banyak barang juga..untuk simpan sayur,masih dalam percubaan sebab tak konsisten lagi nak menyimpannya dalam bekas bertutup tu...
dalam bekas plastik putih tu saya simpan lengkuas..dapat idea daripada kumpulan susun atur juga:simpan lengkuas dalam air.seminggu sekali ganti airnya.dah lama simpan lengkuas tu tapi masih elok lagi.

Selesai PT3 Sejarah...

Kali ni saja nak berkongsi kertas PT3 Sejarah tempoh hari.Minggu ni baru selesai pentaksiran oleh Pentaksir Kawasan(PK).Alhamdulillah,markah yang diberi tak banyak beza dengan penandaan PK.PK menggunakan pen dakwat hijau.Sangat mencabar untuk menanda PT3 Sejarah ni kerana setiap ayat perlu dikenal pasti sama ada ayat topik,huraian atau contoh dan perlu ditulis.Menanda karangan untuk BM tidak pula macam tu..


proses pertama...kerangka isi penting

proses kedua...pemadatan kerangka isi penting.setiap fakta mesti ada huraian dan contoh...

proses ketiga...barulah esei lengkap


Nota kaki:tahun ini sibuk dengan kerja menanda kertas.Sekarang masih dengan penandaan kertas PISA dan peperiksaan percubaan...kerja menanda kertas akan bersambung lagi pada bulan Oktober nanti untuk kertas peperiksaan akhir tahun dan PT3 sebenar...