Ahad, 14 September 2014

Ke Cameron Cuti Sekolah Bulan 3 Lalu...


Dah lama catatan ni dalam draf ,kononnya nak tulis panjang tapi tak teredit pula.Seronoknya kalau cuti sekolah kali ni boleh ke Bukit Tinggi...
Ibarat  mahu meraikan keputusan SPM yang baru diumumkan baru-baru ini,hari Jumaat (malamnya) lalu saya ke Cameron Highlands mengikuti rombongan sekolah.Alang-alang dah pergi,bawa sekali dua beradik tu.Seronok bukan main  lagi mereka terutamanya Adib apabila dapat mandi di Lata Iskandar.Difahamkan cuaca di CH sangat sejuk pada tahun ni,berbeza dengan tahun lepas,menurut penduduk di situ.Memang tidak dinafikan,sejuknya cuaca di sana. Sepanjang hari kena pakai baju sejuk saja.

 1.Bharat Teh

entah apalah yang Adib buat tu

 2.MARDI


 Apartment-tempat tinggal

abaikan barang yang bersepah tu.cantik reka bentuk kabinet dapur  ni

 3.Kea Farm




 4.Ladang Teh Boh



 5.Lata Iskandar

Sabtu, 13 September 2014

Berjumpa Rakan Deko

Pada mulanya hanya kenal melalui fb deko sahaja.Pada mulanya tak ada niatpun nak merapatkan hubungan,biarlah kenal-kenal dalam fb saja.Masa hari raya tempoh hari,saya memberi komen tentang gambar yang dipos oleh akak Maimun yang seakan berhasrat nak ke rumahnya padahal tidak bermaksud pun sedemikian.Komen saya pula mendapat ulasan daripada seorang rakan yang juga tinggal setaman dengan saya.Jadi,tiba-tiba terancanglah satu janji untuk ke rumah akak Maimun.Pada masa yang sama,saya mengenali dua kawan baharu melalui fb.
Sabtu lepas baru terlaksana hasrat tu setelah saya sibuk bersekolah pada hari   3 kali Sabtu berturut-turut.Nak ke Puncak Alam pun kena pakai google map,maklumlah tak pernah sampai walaupun dekat.
Alhamdulillah,perjalanan mudah saja.Saya pandu kereta,kawan yang baru dikenali sebagai kak Alina menunjuk jalan berdasarkan penerangan daripada Kak Maimun.Kami berdua saja yang pergi,anak-anak di rumah,suami yang jaga.Memang seronok sekali-sekala keluar untuk aktiviti sendiri.
Tengoklah kereta saya yang diparkir tepi rumah kak Maimun,dari dalam rumah dah nampak kereta saya.
Seronok bertandang ke rumah akak ni kerana kita boleh membelek-belek setiap penjuru rumahnya.Sebelum ni saya pernah pos gambar sarung kerusi dalam blog ini,maka memang peluanglah kali ini untuk saya membelek-beleknya.Rumahnya kemas dan bersih saja.Memang tak banyak barang di dalam rumah kak Maimun ni.Sesuai dengan keluasan rumahnya yang jenis apartment.Kalau nak dibandingkan dengan rumah saya,memang patut anak kata rumah kita macam muzium.Rumah yang kecil,berpada-padalah nak membeli barang tapi bila rumah dah besar sikit,macam-macam nak beli.
Dalam hati:kagum dengan kak Maimun yang kurang nafsu membelinya sedangkan dah 10 tahun dia menetap di rumah tu.Saya suka dengan susun atur ruang-ruang dalam rumah tu.Kedudukan dapur yang tersorok dari pintu masuk tidak memeningkan kepala untuk menghalang pandangan terus ke dapur.




depan rumah.

Nota kaki:mula sedar bahawasanya saya ni suka membeli.baru-baru ni ternampak rak kecil,memang nak beli untuk letak di dapur tapi bila dah  tengok dari dekat,rupa-rupanya rak kasut.Tak jadi beli,kalau tidak habislah...

Jumaat, 12 September 2014

Renung-renungkan...

Catatan ini untuk ingatan diri sendiri.Selalu berfikir untuk buat sesuatu perubahan di rumah tapi adakah kita terfikir untuk bekalan di sana?Renung-renungkan.Moga keselesaan dan kedamaian di rumah  akan mendorong untuk memperbanyak ibadah kita..Mudah-mudahan...


Gambar hiasan -sumber fb.Suka sangat dengan idea deko langsir dan tampalan kertas dinding pelekat tu.