Selasa, 15 Mac 2016

Ke Tesco Rawang Pula

Masa kali kedua ke Rawang tu saya tak pula singgah ke Sakan kerana duit tak banyak dalam poket.Nak cucuk duit pula tak tahu tempatnya lagipun masa tu saya ke sana dengan seorang akak.Segan pula singgah mana-mana,kalau seorang bolehlah saya panjangkan langkah.Makanya,ternampak-nampaklah alas kerusi tu.Dahlah ukurannya sangat sesuai,murah pula tu RM 17.90 untuk satu alas.Jika nak bandingkan dengan alas kerusi merah ni,harganya sangat mahal.Sekarang, alas merah ni dah jadi nipis.Tak berbaloi dengan harganya yang mahal.
Memang kena pergi.Bila masuk ke Tesco,jumpa lagi dengan instant shawl yang murah di kedai kain Takzim.

Bila dah masuk Sakan, alas kerusi hanya tinggal dua sahaja,ralatnya.Kena cari lagilah ni.Misi ke Sakan Tanjung Karang mungkin.Ke Tanjung karang,boleh singgah di Romantika pula..




Yang lama ni dah nipis..

Alas Kaki dan Karpet di Sakan Rawang

Salam cuti...
Agak lama juga blog ni menyepi.Apabila nak buat catatan,gambar dalam telefon tiada dalam Photos,makanya terbantutlah hajat nak tambah catatan di blog.Agak lama ambil masa untuk adakan mood semula hingga hari ni baru sampai mood untuk kemas kini blog.
Penghujung tahun lalu,bukan main lagi saya bertekad nak mencari alas kaki sempena pertandingan #dapurdrksk hingga ke Tesco saya pergi walaupun dah tahu di Sakan ada alas kaki yang murah tapi terasa jauhnya Sakan tu,saya mencari di tempat yang dekat walaupun harganya agak mahal.
Tapi,dalam hati memang nak sangat jejak ke Sakan tu.Nak minta encik suami bawa ke Sakan,memang tidak mahunya dia kerana manalah dia suka saya ni boros berbelanja.Jadi,sabarlah wahai hati.

Nak dijadikan cerita, penghujung bulan Februari tempoh hari saya ditugaskan untuk menjadi hakim bagi pertandingan bahas di zon Rawang.Tahun lepas pun dah jadi hakim,makanya tahun kena jadi hakim lagi kerana bilangan hakim yang ada tak ramai.Inilah kesempatan yang diambil.Sebelum ke sekolah tersebut pada hari yang ditugaskan,saya mesti tahu jalan dahulu kerana tak nak tersesat dan menggelabah pada hari kejadian.Apatah lagi saya ni hanya pandai memandu nak ke sekolah sendiri saja, nak ke mana-mana kurang pandai sikit.Hujung minggu tu, memang ada sebablah nak ke Rawang.Sebelum ni, memang malas nak cuba semata-mata nak mencari pasar raya Sakan tu.Alhamdulillah,ada juga peluang untuk ke sini.Sempatlah saya singgah di Sakan dan Parkson.Kalau diikutkan,Tesco pun memang nak singgah tapi bila ke sana dah waktu petang,malaslah nak lama-lama.Puas hati singgah Sakan,boleh cuci mata.Berkenan pula dengan alas kerusi tapi tak pasti muat atau tidak,makanya tak beli.




Corak hijau seperti ni saja yang ada.corak seperti yang saya beli tak ada,makanya memang hanya cuci mata saja.







sempat lagi rembat tudung di Sakan.hanya RM 17.90

Jumaat, 12 Februari 2016

Lekat Pinggan di Dinding

Pinggan yang dilukis khat tu ditempah dengan Qasa Chenta.Pinggan empat segi yang mengapit pinggan empat segi besar dan pinggan yang di bawahnya juga di beli  di  Kk Home Deko masa ke Nilai 3 tempoh hari.

Gentel saja tack it dan lekat di pinggan.bila nak tampal di dinding,tekan saja pinggan tu hingga rapat ke dinding

Guna separuh daripada satu baris tu untuk satu gentelan

Inilah hasilnya

Idea untuk hias pinggan di dinding.sumber fb deko.