Ahad, 3 September 2017

Cuci-cuci Mata di Eco 2 Rawang

Cerita menjelang Merdeka..30/8
Dah lama tak ke Kedai Eco RM 2 di Rawang.Hari ni nekad juga akan pergi setelah beberapa kali menundanya.Bawa anak-anak memang dia akan teruja juga.Lepas makan tengah hari dan solat zohor,kami bertolak.Misi kali ni nak mencari pelekat tiles  yang tular dan mencari kertas dinding berpelekat.Tak pernah lagi saya membeli kertas dinding berpelekat di Kedai Eco.Teruja melihat banyak pinggan hijau.Bukan setakat pinggan mangkuk hijau saja,banyak barang yang teruja sebenarnya cuma saya tak mahu membeli banyak barang kerana di rumah sudah banyak barang dapur yang ada.Pinggan plastik memang saya tak guna,begitu juga bekas-bekas yang lain melainkan basen saja yang saya guna.Makanan pun banyak tapi rasa macam was-was pula nak beli sekarang setelah tular biskut raya dari China tempoh hari.Barang-barang yang saya selalu beli di Kedai RM 2 ialah mainan anak-anak biarpun sehari saja yang tahan,barang-barang deko,alat tulis dan bekas plastik.





coraknya macam pinggan kaca



yang tular sekarang..ada hitam putih banyak,tak menarik pun tambahan pula ada lut sinar tu


ada sikit yang warna-warni tapi tak menarik juga sebab ada lut sinar.






berkenan juga dengan bekas ni tapi nak isi apa yer.dulu dah banyak saya borong bekas macam ni di Mr Diy


kertas dinding berpelekat,terbeli juga yang batu-bata tu

anak menunggu di situ sambil baca komik yang dibeli di Aeon Rawang sebelum ke sini



habuan si bongsu.di Aeon tadi dah beli 2 buah kereta.umi dah kena pau ni..


Buat Tangan Cekak

Saya memang obses dengan baju.Sekarang nak kumpul baju kurung Pahang pula.Dah dapat 5 helai untuk dipakai dalam masa seminggu.Harap-harap yang akan sampai ke tangan sesuai dengan badan saya.Tapi rasa-rasanya kurung Pahang takkan ketat kerana ada pesak walaupun pesaknya gantung saja.Kebetulan ada jualan murah sempena Merdeka dan Raya Haji, mana saya tak meroyan apabila harganya RM 50 dan RM 60 saja sepasang.Baju yang dah sampai setakat ni sangat ok.Saya memang jarang-jarang mencari baju di pusat beli-belah sekarang lagipun tak tahu nak tuju kedai mana.Masa nak beli skirt untuk blaus merah tempoh hari, tak jumpa pun yang sesuai kerana harganya agak mahal apabila dijual di kedai.
Baju pucci pink ni saya saya beli RM 79 sepasang.Agak murah kainnya cantik dan warnya sangat ceria sebenarnya.Masalah apabila membeli baju siap ialah tangannya agak panjang.Itu memang biasa.Selalunya saya tambah getah sahaja supaya menjadi cekak.Baju ni sangat sesuai letak getah di hujung tangan kerana ada zip sorok,mudah nak ambil wuduk sebenarnya.Jahitan hujungnya pun sangat sesuai dengan getah yang saya ada.

1.Buka dua jahitan di hujungnya kiri dan kanan.

2.Masukkan getah dengan pink yang paling kecil.Bila sampai di hujungnya,jahitkan 

Dah siap..

Jumaat, 1 September 2017

Salam Aidiladha



Gambar aktiviti korban yang turut saya sumbangkan duitnya.Lupa dah tempatnya,mungkin di Kemboja. 






Pagi-pagi saya masak ayam madu saja dengan sup ayam.Masak guna periuk Noxxa, memang cepat siap.Tiada lagi daging melekat di periuk.Makan pagi agak awal hari kerana selepas itu suami akan ke surau berdekatan untuk majlis korban.Setiap tahun memang itulah aktiviti suami tapi saya tak boleh nak ikut kerana anak bongsu sedang membesar.Akalnya sangat panjang kerana tak boleh duduk diam,ada-ada saja aktiviti yang nak dibuatnya.Makanya,memang saya kena pantau selalu.Saya pula tak tahu cara dah nak meriahkan Hari Raya Haji ni kerana kebiasaannya jika di kampung akan diadakan acara korban.Bila di rumah sendiri,saya dengan aktiviti sendiri saja macam hari-hari biasa.Hari ni saya dengan aktiviti membaiki baju lagi.

inilah anak bongsu.