Khamis, 14 September 2017

Misi Mencari Rak Rempah

Rak besi hitam ni dah mula berkarat setelah 2 tahun digunakan.Punca berkarat disebabkan sentiasa kena tempias air apabila hujan,maklumlah jeriji tu merupakan sempadan bumbung yang sedia ada dengan yang baharu dipasang.Disebabkan tiada ruang untuk meletakkan rak,makanya memang kena sangkut saja. Sebelum ni rak berkarat juga.Makanya,digantikan dengan yang ini.Dalam masa yang sama berkenan pula dengan bekas yang comel tapi agak lebar juga berbanding sekarang ni.Dalam dilema:
1.nak cari rak macam mana pula kali ni.rak plastik,adakah yang boleh digantung?
2.bekas rempah tu patut ditukar atau tak?jika tukar,bekas-bekas yang ada ni dibuat apa pula?membazirlah pula..hish..
Apa-apapun misi mencari rak plastik dulu..



Rabu, 6 September 2017

Bilalah Saya Nak Dikalungkan Sebegini

Nak juga merasa macam ni.Agak-agak masa pencen nanti berpeluang ke?Hahaha.Tergelak sendiri sebenarnya.Tak rela nak berpisah dengan Puan Pengetua sebenarnya tapi bila masanya terpaksa jua.

Ahad, 3 September 2017

Cuci-cuci Mata di Eco 2 Rawang

Cerita menjelang Merdeka..30/8
Dah lama tak ke Kedai Eco RM 2 di Rawang.Hari ni nekad juga akan pergi setelah beberapa kali menundanya.Bawa anak-anak memang dia akan teruja juga.Lepas makan tengah hari dan solat zohor,kami bertolak.Misi kali ni nak mencari pelekat tiles  yang tular dan mencari kertas dinding berpelekat.Tak pernah lagi saya membeli kertas dinding berpelekat di Kedai Eco.Teruja melihat banyak pinggan hijau.Bukan setakat pinggan mangkuk hijau saja,banyak barang yang teruja sebenarnya cuma saya tak mahu membeli banyak barang kerana di rumah sudah banyak barang dapur yang ada.Pinggan plastik memang saya tak guna,begitu juga bekas-bekas yang lain melainkan basen saja yang saya guna.Makanan pun banyak tapi rasa macam was-was pula nak beli sekarang setelah tular biskut raya dari China tempoh hari.Barang-barang yang saya selalu beli di Kedai RM 2 ialah mainan anak-anak biarpun sehari saja yang tahan,barang-barang deko,alat tulis dan bekas plastik.





coraknya macam pinggan kaca



yang tular sekarang..ada hitam putih banyak,tak menarik pun tambahan pula ada lut sinar tu


ada sikit yang warna-warni tapi tak menarik juga sebab ada lut sinar.






berkenan juga dengan bekas ni tapi nak isi apa yer.dulu dah banyak saya borong bekas macam ni di Mr Diy


kertas dinding berpelekat,terbeli juga yang batu-bata tu

anak menunggu di situ sambil baca komik yang dibeli di Aeon Rawang sebelum ke sini



habuan si bongsu.di Aeon tadi dah beli 2 buah kereta.umi dah kena pau ni..