Sabtu, 31 Oktober 2009

Hi Tea


Sedang kusyuk tengok persembahan power point

Kakak-kakak yang selalu menjadi penasihat.


Petang tadi majlis Hi Tea berlangsung di Hotel Blue Wave, Shah Alam yang bertema Tradisional.Taklah susah nak cari pakaian.Pakai baju raya je.Biasanya jamuan akhir tahun ni dibuat malam tetapi sejak 3 tahun belakangan ini pihak sekolah selesa mengadakannya pada waktu siang.Lebih senang bagi orang yang tinggal berjauhan.Kebetulan tiada aktiviti hari ni, saya pun ikut serta.Semeja dengan akak-akak daripada panitia BM memang kecoh.Acara seperti biasa.Ada persembahan.Acara cabutan bertuah memang ditunggu-tunggu oleh semua orang.Hadiah paling besar ialah tv.Banyak hadiah tuperware.Boleh tahan jugalah.Yang penting boleh realease tension.
Selesai majlis, kami ke Masjid Negeri untuk solat asar sementara menunggu adik salah seorang daripada kami tiba dari KL.Jalan dari KL sesak, lamalah juga menunggu sehingga sempat lagi kami menjamu mata di baazar di masjid.Baazar ni hanya ada jualan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja.Hampir maghrib barulah adik salah seorang daripada kami tu sampai.Solat maghrib dulu, baru pulang.Sampai rumah hampir jam lapan malam.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Tazkirah Pagi Jumaat


Pagi ni sampai awal ke sekolah.Dapatlah sertai bacaan Yassin.Setiap pagi Jumaat memang diadakan bacaan Yassin. Selesai tazkirah,ustazah yang bertugas menyampaikan tazkirah ringkas kerana murid2 akan menduduki peperiksaan akhir tahun pada jam 7.50.Dua pesanan penting:
1 kewajipan solat lima waktu
2 kewajipan bertudung
Teguran ini dibuat mungkin kerana ustazah tersebut melihat gaya murid2 bertudung tidak kena caranya.Memangpun...pakai tudung tapi nampak rambut terjuntai di sebalik tudung.Saya pernah juga tarik rambut murid perempuan yang nampak rambut.Bila ditegur, baru cepat2 betulkan rambut.Esok,macam tu juga.Pakai tudung tapi tak pakai anak tudung.Tudung tu pula pendek semacam.Dahlah pakai baju warna putih...macam macam fiil budak sekarang.

Rabu, 28 Oktober 2009

Bosan....Stress


Dari perasaan bosan akan berubah menjadi stress...tension.Perasaan bosan boleh diatasi tapi kalau stress, tak tahu apa ubatnya. Perasaan ni timbul setiap kali nak melangkah ke kelas yang tidak digemari.Tak pandai tak jadi soal sebab bukan manusia di dunia pandai.Yang jadi masalah apabila mereka makin tidak menghormati guru mereka.Perjalanan masih jauh, sanggupkah saya berhadapan dengan karenah mereka untuk 20 tahun lagi???

Perasaan bosan juga timbul apabila menyemak Kertas peperiksaan Sastera Melayu. Sebahagiannya dah disemak. Dah diberitahu tajuk yang keluar tapi tak juga boleh jawab.Dua pelajar perempuan hantar soalan sahaja.Jawapan tidak ada.Bila ditanya mengapa tidak jawab:"saya tidak minat sastera,cikgu."Sakit hati mendengarnya.Langsung tak ada tanggungjawab dalam diri untuk membaca dan cuba menjawab.Inilah kesannya apabila sastera diajar bagi kelas yang tercorot.Teks Komsas pun dah malas nak baca,inikan pula teks sastera yang mempunyai banyak tajuk.Remaja zaman sekarang, pendek akal dan tak fikir apa akan jadi masa depan.
Mudah saja kerja saya bila ramai yang tak dapat jawab tapi kepuasan tak ada.Bila macam ni,jadi penulis lebih baik daripada jadi cikgu.Jika ada ruang untuk ke arah itu, memang saya tinggalkan dunia perguruan ni...Kadang-kadang,diri jadi lemah apabila melihat keadaan sekarang...