
Dari perasaan bosan akan berubah menjadi stress...tension.Perasaan bosan boleh diatasi tapi kalau stress, tak tahu apa ubatnya. Perasaan ni timbul setiap kali nak melangkah ke kelas yang tidak digemari.Tak pandai tak jadi soal sebab bukan manusia di dunia pandai.Yang jadi masalah apabila mereka makin tidak menghormati guru mereka.Perjalanan masih jauh, sanggupkah saya berhadapan dengan karenah mereka untuk 20 tahun lagi???
Perasaan bosan juga timbul apabila menyemak Kertas peperiksaan Sastera Melayu. Sebahagiannya dah disemak. Dah diberitahu tajuk yang keluar tapi tak juga boleh jawab.Dua pelajar perempuan hantar soalan sahaja.Jawapan tidak ada.Bila ditanya mengapa tidak jawab:"saya tidak minat sastera,cikgu."Sakit hati mendengarnya.Langsung tak ada tanggungjawab dalam diri untuk membaca dan cuba menjawab.Inilah kesannya apabila sastera diajar bagi kelas yang tercorot.Teks Komsas pun dah malas nak baca,inikan pula teks sastera yang mempunyai banyak tajuk.Remaja zaman sekarang, pendek akal dan tak fikir apa akan jadi masa depan.
Mudah saja kerja saya bila ramai yang tak dapat jawab tapi kepuasan tak ada.Bila macam ni,jadi penulis lebih baik daripada jadi cikgu.Jika ada ruang untuk ke arah itu, memang saya tinggalkan dunia perguruan ni...Kadang-kadang,diri jadi lemah apabila melihat keadaan sekarang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan