Ahad, 11 Oktober 2009

Manuskripku Lagi

Salah satu bab dalam manuskrip saya.Menulis manuskrip ini menyedarkan saya tentang peranan sebagai isteri yang kadang kala diabaikan. Bukan tidak sedar tapi ada kalanya sengaja kerana geram di hati. Sebab itulah suami wajib melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin agar isteri dapat mentaati dan menghormatinya sepenuhnya.Tapi, jika suami seperti ingat-ingat lupa akan tanggungjawabnya, maka rasa hormat isteri akan terhakis kerana sebagai ketua keluarga, suami gagal menunjukkan teladan yang baik.Sedarlah wahai suami.Ada hikmah Allah jadikan suami sebagai ketua keluarga.

“Kau dengar Yana...pertama, perintah Allah.Isteri yang enggan melayan suaminya dengan baik akan diheret ke mahkamah pengadilan Rabbul Jalil di akhirat untuk dibicarakan. Kedua, kedudukan suami. Ketiga, mendapat keredaan Allah. Keempat, kewajipan isteri. Kelima, merebut ganjaran pahala. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami, Allah janjikan dengan ganjaran kebaikan yang berlipat gandakan nikmat syurga yang maha hebat.”
Akmar menyambung bacaannya lagi. “Faktor keenam, menghindar daripada azab neraka. Sabda Rasulullah, wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan