
Sesi p&p hanya tinggal sehari lagi kerana murid tingkatan 4 akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun mulai 22 haribulan.Isnin dan selasa sekolah akan bercuti bagi perayaan Deepavali.Buka sekolah hari rabu, murid-murid akan menempuh peperiksaan. Perjuangan untuk tahun ini kian berakhir.Selepas peperiksaan, tugas menanda kertas peperiksaan pula menyusul. itu kerja masa cuti.Mencabar juga berada di sekolah baharu walaupun hanya beberapa bulan.Dahlah mengajar murid tingkatan 4, malahan subjek sejarah pula tu.Memang mencabar.
Majoriti masyarakat sekarang memandang kerja guru mudah kerana kerja separuh hari.Mereka hanya nampak kerja separuh hari sahaja dan tidak nampak bebanan kerja guru.Di sekolah, gurulah kuli, guru jugalah bos bagi budak2 belasan tahun.Tapi, murid sekarang tidak nampak peranan mereka terhadap guru.Seingat saya semasa berada di bangku sekolah dulu, saya amat menggeruni guru. Seboleh2nya saya mahu menjaga hati guru saya. Tapi, budak kini 100 kali berbeza dengan budak dulu.
Dalam satu kelas yang diajar, mereka memang tak mahu nak diam.Jika bising memanjang, macam mana nak mengajar?Sabar sajalah apabila berada dalam kelas mereka. Terpaksalah saya menjerit dalam kelas.Jika selalu macam tu, akhir tahun boleh sakit jantung kerana stress.Nak berhadapan dengan gelagat 40 orang itulah yang bermasalah.Walaupun tahun ni tak nampak kepuasan dalam kerjaya,( saya mengambil kelas orang lain,pastinya mereka akan membandingkan saya dengan guru mereka yang lama)namun perjuangan tetap diteruskan sambil meneliti kesilapan dan kelemahan yang ada.
Tahun depan saya mengajar lagi mereka. Jumpa lagi..Cabaran besar nak berhadapan dengan mereka yang langsung tak hormat kepada guru dan tak berminat hendak belajar.
Dalam kelapangan yang ada, saya sempat memajukan diri dengan belajar membina blog sendiri di samping cuba menyiapkan novel sulung(moga ada penerbit yang akan menerbitkannya nanti)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan