Saya menghabiskan lima hari cuti dengan rutin harian di rumah sahaja.Kerja-kerja rumah seperti memasak,mengemas, membasuh pakaian, dan memantau aktiviti anak-anak memang tidak habis dari pagi hinggalah malam.Sebut sahaja kerja-kerja suri rumah yang tak pernah berakhir, saya teringat satu rungutan daripada jiran semasa kami bersembang-sembang sambil memerhatikan anak bermain di luar rumah pada suatu petang."Mengapalah perlu bekerja, kalau duduk di rumah saja lebih baik." Saya hanya tersenyum tanpa mengulaslanjut kerana saya ada sebab saya bekerja.Apabila saya tidak menyampuk katanya, dia kembali bersuara:"kalau suami kaya tak apalah tak nak bekerja." Tahupun, saya hanya berkata dalam hati.Tadi saya tidak berani nak menyampuk kerana bimbang jika hatinya terluka dek kata-kata saya.
Sebenarnya saya tidak pernah bersungut mengapa saya perlu bekerja.Malahan berkerjaya merupakan pilihan saya kerana:
1 semasa berada di tingkatan 6, saya berazam untuk mengubah nasib keluarga saya.Mungkin kesedaran ini lahir hasil daripada kursus BTN selepas tamat SPM.Tidak ada cara lain untuk mengubah nasib keluarga melainkan saya mempunyai pekerjaan tetap.
2 membahagiakan hati ibu dan bapa dengan sumbangan wang setiap bulan walaupun sumbangan itu tidak mampu membalas jasa mereka
3 meringankan beban suami kerana suami saya bukanlah kaya dan mampu menampung keluarga keseluruhannya
4 memenuhi impian hati kerana setiap impian bukan mudah untuk dipenuhi oleh suami
5 saya memang bukan jenia wanita yang suka duduk rumah
6 sebagai aset diri
7 sebagai jaminan hidup kerana kita tidak tahu perjalanan hidup pada masa akan datang
8 menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan menabur bakti kepada negara mendidik anak bangsa
9 dengan pendapatan yang diperoleh, saya dapat menyumbangkan wang kepada mereka yang memerlukan
10 menambah kenalan di samping menambah aktiviti sosial.Tanpa kerjaya, mungkin saya dengan dunia saya di rumah sahaja
11 kepuasan diri
Berkerjaya atau tidak sebenarnya bergantung kepada keperluan dan cara hidup seseorang.Sama ada kita berkerjaya atau tidak, tidak menjadi ukuran. Yang penting kita bahagia dengan cara hidup yang dilalui di samping menghargainya kerana itulah jalan hidup pilihan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan