Alhamdulillah aktiviti makan-makan semalam untuk kali kedua berjaya juga walaupun tamat lewat sedikit kerana abangku balik jam 9 malam.Makanan masih ada sedikit lagi dan masih cukup untuk dua orang jiran yang belum bertandang ke rumah masa kami mengadakan jamuan yang lalu.Tapi disebabkan suami memang kepenatan dan sudah tidak mampu untuk melayan tetamu lagi, kami sudah tutup kedai sejurus abangku balik.Memang dia bertungkus lumus sepanjang hari.Kalau nak harapkan saya seorang, memang tak mampu.Terfikir pula jamuan doa selamat yang masih dalam kepala saya:nak buat atau tidak?Jamuan yang ala kadar ni pun dah penat semacam.
Dalam soal rumah tangga, suamiku memang ringan tulang. Untuk jamuan semalam, dialah yang memasak nasi impit.Terkejut ibu mentua saya apabila mengetahuinya kerana dia sendiri tidak pernah membuatnya.Suamiku juga yang membuat begedil, tapi sayang tak menjadi kerana mendengar cakap saya yang memang tak tahu.Silapnya apabila saya mencadangkan kepada suami untuk menambah tepung gandum kerana adunan agak lembik sedikit.Kononnya apabila dicampur dengan gandum, adunan tu akan keras sedikit, tapi rupa-rupanya menjadi hancur apabila masuk ke dalam kuali.Adunan tu lembik pun kerana silap saya yang merebus ubi kentang sedangkan suami sudah memberitahu supaya kentang tersebut digoreng.Sebelum ini tak pernah pula saya cuba untuk membuat begedil, ini merupakan pertama kali nakmencuba.Memang dapat ilmulah tentang begedil.Walaupun begedil tak jadi, suami tak pula marah.Cool saja dia.Susah nak cari orang seperti dia.Pengajarannya,jangan melawan cakap ketua...nanti perkara tu tak jadi.Teringat pula pesanan Rasulullah kepada umat Islam dalam satu perang.Akibat pengikutnya tidak mengikut cakap baginda, umat Islam kalah.Samalah juga dengan kes begedil saya ni...Jangan sangka cakap orang tak berguna..
salam Marzhani ..
BalasPadamsalam ziarah dan salam kenal dr akak
Salam kembali.Maaf, masuk rumah tak beri salam...main terjah saja.saya dapat belajar sesuatu daripada blog akak....time kasih
BalasPadam