Sabtu, 17 Oktober 2009

Demi Triple...

Pagi-pagi lagi pada hari Jumaat saya keluar bersama suami.Dia ke ofis dan saya ke pasar raya.Terpaksa teruskan hajat ke pasar raya demi nak mencari bahan-bahan untuk membuat triple walaupun ada masalah pada mulanya.Susahnya kat sini nak cari kek gulung.Sebab itulah terpaksa pergi ke The Store.Bila dah sampai, pasar raya belum buka lagi.Alahai nak ke manalah pula ni. Pejabat pos yang terletak dalam bangunan pasar raya pun tak bula lagi.Terpaksalah tunggusehingga jam 9 pagi.Selepas selesai urusan di pejabat pos(masukkan duit anak ke dalam tabung haji), ada 45 minit lagi pasar raya tu buka. Ronda-ronda di kedai depan bangunan pasar raya.Berkenan dengan mangkuk besar berserta cawannya sekali.Tapi beratlah pula.Tak cukup tangan pula nak bawa nanti.
Bila balik rumah sempatlah kemas-kemas rumah. Stor besar berjaya dikemaskan walaupun nampak serabut sikit lagi lantaran komputer buruk dan almari tv masih ada dalam tu.Lepas tu mop lantai. Malammnya barulah masak triple.

Atur kek gulung yang telah dipotong ke dalam bekas.

-Kemudian,masakkan kastard dalam 5 sudu dengan susu cair yang dicampur sikit dengan air nata de coco hingga pekat.Tuangkan ke atas kek gulung tadi.
-Lepas tu,atur nata de coco dan kismis atas adunan kastard tadi
#boleh juga letak koktail,tapi saya gantikan dengan nata de coco sebab koktail tak ada
#Kismis tu sepatutnya buah2an spt prune dan pic,tapi tak ada, gantilah dengan kismis
-masakkan agar2.Kemudian, tuangkan ke atas kastard tadi
-sejukkan dalm peti sejuk

- Siap.Lebih kurang sama yang kedua tadi.Cuma, sekarang dah keras dan dah boleh dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan