Dah lama tak menulis.Hajatnya nak memurnikan cerpen untuk dihantar kepada Majalah Mingguan Wanita bersempena Hari Raya nanti pun tak kesampaian kerana jadual harian telah berubah seratus peratus. Menjelang 10 malam, saya sudah pun lena. Sentiasa kalah dengan mata menyebabkan tiada masa untuk berjaga malam.Tambahan pula, sekarang musim sibuk untuk persediaan bagi menghadapi PMR dan percubaan SPM.Masa yang ada terpaksa pula dibahagikan untuk membuat persediaan PMR. Murid yang nak menduduki peperiksaan, cikgunya pula yang sibuk.
Sudah tiga bulan juga saya tidak menghias rumah.Kerja-kerja mengemas rumah seperti membersihkan habuk saja yang dilakukan.Kebiasaannya, ada-ada saja perubahan yang dibuat. Hasrat untuk mengosongkan almari sisi di ruang tamu masih tidak kesampaian kerana rak untuk novel yang pernah ditemui di Giant belum dicari.Jika dah ada rak tersebut, bolehlah buku-buku dan CD yang ada di dalam almari tersebut dipindahkan ke perpustakaan mini di tingkat atas.
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Khamis, 28 Julai 2011
Isnin, 25 Julai 2011
Alhamdulillah...Sihat Saja
Hamil,mengandung, berisi, berbadan dua atau mak buyung.Itulah panggilan yang boleh diberikan kepada wanita yang sedang mengandung.Alhamdulillah, kandungan hampir mencecah empat bulan tetapi keadaan saya masih biasa dan tiada apa-apa alahan.Jika dulu, perasaan malas sangat ketara sehingga mahu tidur saja.Kini, perasaan malas tidak ketara sangat cuma bila saja maghrib,tiba-tiba mata jadi mengantuk.Sudah beberapa minggu, menjelang saja hari Sabtu, badan terasa amat penat hingga seharian masa dihabiskan dengan tidur saja.Kerja-kerja memasak masih dibuat seperti biasa walaupun hanya sekali saja masuk ke dapur untuk memasak dalam sehari sama ada untuk makan tengah hari atau malam. Kalau sebelum ni, selalu juga memasak untuk sarapan, tapi kini terasa malasnya nak memasak waktu pagi.Kebiasaannya pada hujung minggu, hanya makanan tengah hari yang dimasak, itu pun selalu kebuntuan.Kadang kala, terfikir juga, “betulkah saya mengandung sekarang?” apabila tiada langsung alahan yang membuktikan diri mengandung.Cuma, baru-baru ini ada seorang rakan sekerja yang bertanya, “akak mengandung ke?” Malu juga disoal sebegitu kerana kandungan baru saja mencecah tiga bulan pada masa itu tapi orang lain mula perasan keadaan perut yang kian membuncit.Memang tak dapat nak dinafikan, itulah hakikatnya.
Isnin, 27 Jun 2011
Biji Nangka
Pencuci mulut yang mudah dimasak.Orang pantai timur biasanya makan pencuci mulut ni.Kebetulan dapat nangka yang manis pemberian rakan, saya simpan sedikit untuk dibuat pencuci mulut biarpun tak puas makan nangka itu sebenarnya.
Bahan2:
1. Tepung pulut
2. Pewarna
3. Santan
4. Daun pandan
5. Halba
6. Bawang merah-dimayang
7. Air
8. Gula melaka yang dipotong kecil
Nangka-beberapa ulas yang dihiris nipis
Cara membuat adunan:
1. Masukkan tepung,pewarna dan air.Uli hingga sebati.
2.Buat bebola kecil kemudian leperkan. Masukkan gula melaka sebagai isi tengahnya.Bentukkan menjadi bujur.
3.Masakkan air hingga mendidih.Masukkan adunan yang dibentuk bujur tadi ke dalam air mendidih. Angkat apabila ia terapung.
Cara membuat kuah:
1. Didihkan santan. Masukkan satu/dua sudu tepung beras yang telah dibancuh dengan air. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan bawang merah,nangka,halba, dan daun pandan.Biarkan mendidih.
3. Masukkan adunan yang telah diangkat tadi.
Bahan2:
1. Tepung pulut
2. Pewarna
3. Santan
4. Daun pandan
5. Halba
6. Bawang merah-dimayang
7. Air
8. Gula melaka yang dipotong kecil
Nangka-beberapa ulas yang dihiris nipis
Cara membuat adunan:
1. Masukkan tepung,pewarna dan air.Uli hingga sebati.
2.Buat bebola kecil kemudian leperkan. Masukkan gula melaka sebagai isi tengahnya.Bentukkan menjadi bujur.
3.Masakkan air hingga mendidih.Masukkan adunan yang dibentuk bujur tadi ke dalam air mendidih. Angkat apabila ia terapung.
Cara membuat kuah:
1. Didihkan santan. Masukkan satu/dua sudu tepung beras yang telah dibancuh dengan air. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan bawang merah,nangka,halba, dan daun pandan.Biarkan mendidih.
3. Masukkan adunan yang telah diangkat tadi.
Langgan:
Catatan (Atom)