Agenda Jumaat lepas:
Minggu ni agak kalut.Tak pasti pula sebabnya sama ada tak pandai urus masa atau memang banyak kerja.Dua hari terbungkam,tidur lena hingga pagi.Rancangan mengajar dicetak pada waktu pagi,baju diseterika pada waktu pagi juga.Lebih teruk lagi apabila baju yang dibasuh tak sempat dijemur walaupun di dalam rumah,makanya terpaksa dibasuh sekali lagi.
Hari ni yang merupakan penutup hari pun berlalu dengan banyak aktiviti kerana terpaksa balik lambat.Lepas subuh sudah bertolak kerana tidak mahu terperangkap dengan kesesakan lalulintas dalam taman perumahan.Fenomena biasa apabila jalan sesak untuk keluar kerja pada awal pagi,tetapi sangat membuang masa kerana masa untuk ke tempat kerja yang sepatutnya 25 minit bagi saya menjadi 40 minit lebih.Sebelum bertolak,otak dah mula berfikir-fikir macam manalah nak susun aktiviti hari ni kerana banyak perkara yang nak dibuat:uruskan SPBT,uruskan juga mengenai mural KPJ(Kelab Pencegahan Jenayah),uruskan buku-buku semakan.Moga-moga dipermudahkan kerana jadual agak padat hari ini.Rehat hanya dua masa saja sedangkan kelas ada 6 masa.Nasib baiklah bahan-bahan untuk p&p telah ada,jimatlah masa.
Sampai saja di sekolah,terus atur langkah.Aktiviti bacaan Yassin dan tazkirah di Dataran Ilmu tidak diikuti,namun masih boleh didengar di bilik guru.Terserlah kejahilan pada pagi Jumaat ni.Nauzubillah,jangan diteruskan sikap ini!Perut dah mula berkeroncong tetapi masa kedua sudah ada kelas.Lepas kelas nanti pada masa keempat barulah ke kantin.Balik dari kelas 3 K,sudah ada satu bungkus plastik nasi beriani di atas meja kerana sedekah daripada guru-guru atas kejayaan anak-anak mereka yang baru mendapat keputusan SPM baru-baru ini.Syukurnya,tak perlulah menapak ke kantin.Nasi beriani tu buat diri kenyang hingga petang.
Agenda Minggu Ini:
Bermula dari hari Isnin,kesibukan belum habis,malah baru bermula kerana dinding untuk mural baru dicat.Agak lambat perkembangan mural ni.Rimas dengan gelagat pelajar sekarang yang tidak serius dalam pelajaran dan koko, tapi sabar sajalah.
Kertas soalan belum dijengok lagi.Apa cerita ni?Peperiksaan akan bermula pada 29 hb ni.Nasib baiklah dua orang yang buat soalan,taklah terasa berat nak stepler 500 lebih kertas peperiksaan.Nak mengurus soalan ni pun sudah memakan masa berjam-jam.Memandangkan agak sibuk,cuba untuk mendobi supaya tidak kelam kabut bila hujung minggu kerana hari Sabtu sekolah lagi.Sekolah ganti sempena cuti Tahun Baharu Cina dulu.Hari Selasa baru berkesempatan menstepler kertas soalan BM.Petangnya,ada latihan rumah sukan.Asyik balik lambat saja mengalahkan orang yang bekerja pejabat.Nasiblah badan..
Dalam pada sibuk melihat perkembangan mural,cuba untuk selesaikan buku-buku semakan.Alhamdulillah,hampir lega apabila hanya tinggal sekelas lagi pelajar yang malas nak menghantar buku.
Agenda Hari Ini:
Pagi tadi,seawal jam 5 pagi saya mendapat pesan sms daripada salah seorang pelajar yang membuat mural KPJ.Katanya gambar mural mesti ditukar.Kecut perut membacanya kerana minggu depan mereka akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun.Selesai bacaan Yassin,mereka sudah bersedia untuk meneruskan mural.Sempat juga lari-lari menjengok mereka melukis tapi itupun sekejap sahaja kerana jadual hari Jumaat agak padat.Hanya dua masa saja tiada kelas. Tamat kelas,sempat jengok lagi sebelum mereka balik.Mural hanya sempat buat sedikit sahaja.Bila petang,hujan sudah turun.Dalam hati sahaja mengeluh,moga ada hikmah di sebaliknya.Esok,sambung lagi.
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Jumaat, 26 April 2013
Selasa, 16 April 2013
Berkenan dengan Kiub Kreatif Pula...
Pertengahan bulan April ni agak sibuk kerana masa inilah nak menyiapkan soalan pertengahan tahun,menghantar buku-buku latihan untuk semakan pentadbir,menyiapkan mural (KPJ) yang banyak ceritanya, menyiapkan kerja SPBT dan menyiapkan folio sejarah tingkatan 3.Kesibukan tersebut menyebabkan diri makin stress,tetapi saya nak juga berkongsi cerita tentang kiub kreatif ni.
Sudah lama saya mencari kiub kreatif seperti ini.Ada terbaca dalam majalah dekorasi tetapi tidak dinyatakan kedainya pula.Satu hari,adik saya yang tinggal di Kuala Terengganu tetapi suka membeli-belah di Kuala Lumpur ada menyatakan kiub kreatif seperti itu ada dijual di Sungai Buloh.Wow...itu berita baik.
Walaupun dinding rumah sudah penuh dengan hiasan,saya nak juga beli kiub ni kerana sudah bosan dengan hiasan di ruang makan.Disebabkan kesibukan dan malas nak ke deretan kedai di MK Sungai Buloh,maka agak lama hasrat nak meninjau kiub ni terbantut.Hari Sabtu lepas,misi ini berjaya dilaksanakan.
Pada mulanya agak sukar nak mencari kedai yang menjual kiub kreatif kerana apabila ditinjau,tiada pula kedai dekorasi di deretan KFC.Dua kali meninjau,akhirnya barulah jumpa di kedai cat Dulux.Nama kedai cat tetapi menjual aksesori bilik mandi dan ada satu ruangan kecil untuk peragaan kiub kreatif.Memang pelik kedai ni.Disebabkan saya pergi tanpa merancang untuk membeli kerana sekadar nak meninjau sahaja, maka saya mengambil masa yang agak lama untuk memilih.Akhirnya, saya membeli rak buku untuk diletakkan di tingkat atas.
tiada idea sebenarnya nak peragakan rak ini sebenarnya tetapi agak tertarik dengan rak ini masa ke kedai tempoh hari.peraga cara ini pun cantik.RM 118 tetapi telah didiskaunkan,hanya RM 95.dua set disediakan dengan 4 pilihan warna iaitu merah,putih,hitam dan beige(kuning air).saya pilih merah kerana gagal menjaga barang warna cerah.
Isnin, 15 April 2013
22 TEKNIK BAIK MENDIDIK ANAK-ANAK
1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya Anugerah Allah yang Terindah.
Langgan:
Catatan (Atom)



