Rabu, 5 Februari 2014

Koleksi Mug

Hasil buruan di Setia City Mall dan Tesco Setia Alam pada hari Isnin baru-baru ni,akhirnya lengkaplah koleksi mug hijau ni.Dah tak boleh tunggu lama,hari Selasa ruang ni dideko.Berpeluh juga kerana kena tebuk dinding dan lubang penyangkutnya kecil saja.Susah juga nak masukkan skrunya.Nampak macam mudah tapi agak sukar juga kerana:
@tak semua mug boleh digantung,kena cari pemegang yang nipis,
baru boleh digantung dengan selamat
                        @cari mug yang sama saiz,baru senang nak deko

Ahad, 26 Januari 2014

Cara simpan Telur

Salam hujung minggu.Menarik juga apabila nampak banyak cara untuk simpan telur.Saya hanya ambil daripada GOOGLE dan FB untuk dikongsikan di sini.Saya tidak mendapat apa-apa keuntungan pun atas perkongsian ini.Jadi,jangan marah jika salah satu daripada gambar ni kepunyaan anda.
Cara saya simpan telur macam biasa saja:letak dalam peti ais bersekali dengan bekas telurnya supaya si kecil Akmal tak main-main dengan telur tersebut.Tapi,sekali-sekala terlepas juga ke tangannya..







@@Nota Kaki:Pernah anak-anak tanam dua biji telur(ibarat telur dinasur yang baru bertelur kerana terbawa-bawa dengan cerita Jurassic Park) semasa balik beraya di kampung.

Ahad, 19 Januari 2014

Cara Jahit Lencana Mudah

Memang malas nak menjahit lencana sekolah untuk anak-anak.Di sekolah,sempat pula saya perhati lencana pelajar.Macam-macam cara dijahit.Maka,timbullah idea malas ni.Cubit kain sekali, terus matikan benang.Kalau dua kali,akan nampak pula dua benang.Mudah pun tak sampai lima minit.