Khamis, 18 September 2014

Beli-belah di Kedai RM 2...

Semenjak terjebak dengan deko-deko dan susun atur,saya suka ke Kedai RM 2 dan kedai seangkatan dengannya seperti NT Shop.Ada-ada saja benda yang hendak dicari.Masa kemaruk mug hijau dulu,saya memang pun menjengah ke kedai ni untuk mengintai mug yang cantik kerana mug di kedai biasa agak mahal tapi tak banyak pilihan hijau.Beberapa hari lalu saya pergi lagi ke Kedai RM 2 tu.Biasanya barang di kedai ni kalau dah habis stok,barang tersebut memang dah tak ada.Itulah yang saya perasan.Sebelum ni saya pernah beli penyangkut baju.5 batang dengan harga RM2,tebal pula tu.Kononnya nak beli lagi tapi dah tak ada.Barang-barang deko seperti pelekat yang lain daripada lain sikit tak ada,kertas dinding berpelekat pun tak ada.Sesetengah kedai lain ada.Yang menarik sikit,mug ni...





Antara barang yang saya beli tempoh hari di samping bekas plastik untuk simpan makanan dalam peti ais.


Kedai di tempat saya,Saujana Utama.Gambar sumber google.Manalah nak bergambar malam-malam tu..


Kedai Eco RM 2 ni 'adik-beradiknya' agaknya sebab sama motto je...Kedai Eco ni besar sikit sebab bila balik ke Besut tempoh hari lihat besarnya kedai ni.Tapi rugi,tak sempat nak terjah sana...


Kuala Lumpur dan Selangor tak ada kedai ni...

Jom semak  kedai ni di tempat anda,bolehlah membeli-belah...

cawangannya,rujuk di sini





Rabu, 17 September 2014

Simpan Barang Dalam Laci Kabinet Dapur

Puas juga saya mencari idea dalam internet untuk menyimpan barang-barang dapur di dalam laci.Laci kabinet saya ada 8 semuanya.Empat bersebelahan kerusi dan dua lagi yang bersebelahan peti ais serta dua lagi atas meja kecil tu.Memandangkan idea di internet tak banyak,maka guna idea sendiri berdasarkan barang-barang yang ada untuk disimpan.Saya guna gambar lama dulu kerana proses mengemas belum selesai.Bab-bab mengemas ni manalah nak siap satu hari.Dalam kesibukan mengemas,boleh lagi pergi membeli-belah di Kedai Dua Ringgit.


Kedudukan laci bersebelahan kerusi:

laci yang kedua untuk simpan bekas plastik untuk bekal makanan dan tupperware kecil.bila berada di sini,baru perasan bahawa bekas kecil ni kurang digunakan...bekas plastik yang digunakan untuk simpan bahan basah saya letak di rak pantri.bekas tupperware lain juga diletakkan di rak yang lain...


laci yang ketiga digunakan untuk letak kain lap dapur dan bekas plastik untuk simpan bahan basah serta beg-beg plastik kecil yang comel.biasanya beg-beg plastik kecil yang comel ni diletakkan di stor atas tapi leceh juga macam tu.bekas hijau tu digunakan supaya kain yang dilipat boleh berada dalam keadaan tegak dan mudah dilihat serta diambil

laci yang akhir sekali untuk letak pinggan mangkuk plastik.banyak ruang lagi kerana dapur basah belum dikemas lagi.banyal lagi barang yang perlu dipindahkan  ke sini...rak yang pertama untuk simpan sudu dan senduk...


Susun atur laci yang bersebelahan peti ais pula:

laci sebelah kiri untuk simpan buku-buku resipi.susun di rak tak nampak pula tajuk buku resipi kerana bertindih.boleh tahan juga buku resipi yang ada tapi masak makanan yang sama juga..

sebelah kanan pula simpan piring.teko dan cawan piring bunga merah tu dah tak ada tapi piringnya masih disimpan.manalah tahu satu hari nanti nak guna piring..alas cawan tu dibeli di Daiso dan Mr Diy...


Nota kaki:dua laci lagi di atas meja kecil tu masih dalam pemerahan idea...mungkin boleh digunakan untuk simpan pengecas telefon yang selalu bersepah....

Langsir Dapur Yang Ringkas...

Salam warga pembaca alam maya...

Saja saya nak kongsikan idea untuk menjahit langsir dapur  kerana masih mencari idea untuk menjahit langsir yang ringkas dan mudah tetapi menarik untuk menutup bahagian jeriji di atas ni.Melalui jeriji ni,saya boleh lihat rumah jiran di hadapan.Tarasa pula seolah-olah mereka boleh melihat suasana dalam rumah dan aktiviti saya di dapur.Jika tutup,mungkin pandangan tu boleh dihalang.Macam-macam idea datang bab jahit-menjahit tapi kerja menjahit yang ada belum juga selesai.






Nota kaki:menjahit bukan kegemaran kerana proses menjahit selalunya makan masa untuk disiapkan tapi alang-alang dah ada mesin,mesti guna.Jika tidak,mesin akan meragam...