Khamis, 12 November 2009

Onar amah 3 hari kerja

Onar amah 3 hari kerja
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my


RUGI...Norhafizah di samping dua anak kecilnya menunjukkan
laporan polis.

SEREMBAN: “Sebaik pulang, saya dapati dua anak kecil menangis hingga bengkak mata selain keadaan rumah berselerak,” kata seorang jurutera Pertonas yang menjadi mangsa ‘kebas dan cabut’ pembantu rumah warga Indonesia di rumahnya di sebuah kondominium di Taman Kosas, Ampang, Selangor.

Norhafizah Baharuddin, 29, berkata bayi lelakinya berusia empat bulan dan anak sulung berusia satu tahun 10 bulan menangis tidak henti-henti ketakutan kerana ditinggalkan bersendirian.


Inilah yang menggerunkan saya apabila mengambil pembantu rumah. Mengambil pembantu rumah ada risikonya. Dapat yang baik dan boleh buat kerja tidaklah ada masalah, tapi kalau dapat seperti dalan Harian Metro ni,tuhan saja yang tahu.Mana nak tahu dapat yang baik atau tidak sebab sifat orang susah nak dibaca.Disebabkan tidak percayakan orang luarlah saya rela tidak menggunakan khidmat pembantu rumah buat masa ini.Susah senang buat sendiri.Masa mendatang tidak tahulah pula.Jika terpaksapun, saya akan pastikan ada orang yang memantaunya nanti.Tidak ada pembantu, semua kerja kita yang perlu buat.Masa inilah kita bahagikan kerja jika sama2 kerja.Kalau semua kerja rumah dibuat oleh pembantu rumah, dari mana pula kita nak jana pahala?

2 ulasan:

  1. takutlaa dengan amah ni, ada yang baik memang baik, tapi kalau dapat yang sebaliknya..

    mintak jauh laa semua tu..

    BalasPadam
  2. saya jenis cerewet. dulu pernah ada pembantu rumah. lipatan bajunya tak kemas menyebabkan saya terpaksa melipat semula. memasak pun saya juga yang buat sebab husbnd x mahu masakan maid. maid saya cuma jaga anak dan kemas rumah... sekarang anak2 dah besar sikit x guna dah khidmat maid. buat sendiri aje. walaupun letih sebab bekerja tapi puas hati..

    BalasPadam